April 25, 2024

Search
Close this search box.

Warga Universiti Kini Boleh Miliki No Plat Kenderaan Khas ‘UTM’

 

Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Loke Siew Fook telah hadir merasmikan Majlis Pelancaran dan Pembukaan Bidaan Nombor Pendaftaran Khas Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Residensi UTM di sini hari ini.

UTM merupakan antara universiti awam yang terawal mendapat kelulusan berdasarkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Mei 2018 yang bersetuju dan mencadangkan agar Universiti Awam Malaysia menjana pendapatan mereka melalui penjualan nombor pendaftaran khas dengan nama ringkas Universiti Awam Malaysia.

Bermula 2 Disember 2019, UTM telah membuka bidaan nombor pendaftaran khas ‘UTM’ melalui sistem UTMeBid yang dibangunkan pihak UTM sendiri kepada umum.

UTM mengalu-alukan kakitangan, pesara dan alumni UTM untuk membida nombor pendaftaran khas ini yang akan dikembalikan dalam bentuk pembangunan, penyelidikan dan bantuan kepada pelajar.

Mengapa harus memiliki Nombor Pendaftaran Khas ‘UTM’?

  • Hanya satu siri sahaja ditawarkan (UTM1 – UTM 9999)
  • Menjadi kenangan dan menunjukkan rasa bangga pemiliknya (staf, pelajar dan alumni UTM serta individu dan syarikat kepada UTM).
  • Merupakan salah satu bentuk sedekah jariah kerana hasil jualan akan digunakan untuk pembangunan universiti dan membantu pelajar UTM yang kurang berkemampuan.
  • Menerima hadiah eksklusif iaitu 1000 pembeli awal akan menerima satu unit model kapal terbang Air-Asia – UTM yang menarik.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Unit Endowmen
Universiti Teknologi Malaysia
Aras 4 Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim / UTM Ecohome
81310 Skudai, Johor
Tel : 07-5530283 @ 012-7721037 / 07-5531043 @ 019-7270158
Emel : endowmen@utm.my
Laman Web : http://endowmen.utm.my

Explore More