April 23, 2024

Search
Close this search box.

Ikhlas Menuntut Ilmu Kekalkan Momentum – Graduan Tertua Majlis Konvokesyen ke-63 UTM

JOHOR BAHRU, 2 Okt. 2019 – Tiada yang mustahil!

Sikap ikhlas dalam menuntut ilmu mendorong mantan guru, Dr. Zulkifli Ab Latiff, 63 dalam meneruskan pengajian sehingga bergelar graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional dan muncul sebagai graduan tertua Majlis Konvokesyen ke-63 UTM (MK63)  kali ini.

Dr. Zulkifli memulakan pengajian PhDnya di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan pada tahun 2007 dan kesemuanya berjalan dengan lancar sehiggalah pada tahun 2014 apabila beliau secara tiba-tiba diserang penyakit jantung.

“Penyakit ini telah menyebabkan saya untuk mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sekaligus mendesak saya untuk menangguhkan pengajian tetapi saya mengambil keputusan untuk menyudahkan pengajian walau apa pun terjadi,” katanya lagi.

“Saya meletakkan niat dalam diri bahawa menyambung pengajian adalah semata-mata kerana ilmu dan sentiasalah ikhlas dalam menuntut ilmu,” katanya yang bersara wajib pada 2016 lalu.

Menurut beliau, universiti ini bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu tetapi juga berfungsi sebagai institusi untuk membina jati diri bakal-bakal pemimpin pada masa hadapan dengan memberikan cabaran hebat pada mental dan fizikal seseorang pelajar itu.

Minat yang tinggi dalam pelajaran serta niat yang ikhlas dalam menimba ilmu pengetahuan amat membantu dalam mengekalkan momentum ingin menyudahkan pengajian dan seterusnya menggenggam segulung ijazah.

Mantan guru dan graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional, Dr. Zulkifli Ab. Latiff, 63, mengakui bahawa bahawa sikap ikhlas dalam menuntut ilmu juga telah berjaya mendorongnya untuk menyelesaikan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan jayanya.

Muncul sebagai graduan tertua dalam Majlis Konvokesyen UTM ke-63, Dr. Zulkifli memulakan pengajian PhDnya pada tahun 2007 dan kesemuanya berjalan dengan lancar sehiggalah pada tahun 2014 apabila beliau secara tiba-tiba diserang penyakit jantung.

“Penyakit ini telah menyebabkan saya untuk mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sekaligus mendesak saya untuk menangguhkan pengajian tetapi saya ambil keputusan untuk menyudahkan pengajian walau apa pun terjadi,” katanya lagi.

Setelah pulih, Dr. Zulkifli memulakan kembali pengajiannya tetapi memohon untuk belajar secara perlahan-lahan bagi mengurangkan tekanan di samping membantunya untuk memberikan fokus yang lebih sekaligus meningkatkan pencapaian akademiknya.

“Pada saya apa yang berlaku mempunyai hikmah yang tersendiri. Kegagalan untuk bergraduat dalam tempoh masa yang tepat telah membuatkan saya berfikir betapa kegagalan itu juga adalah suatu ilmu sekaligus menyedarkan saya betapa indahnya pengorbanan dalam menuntut ilmu ini.

“Saya juga meletakkan niat dalam diri yang menyambung pengajian adalah semata-mata kerana ilmu dan bukannya mengejar kenaikan pangkat dan jawatan,” katanya yang bersara wajip pada 2016 ini.
Dr. Zulkifli berkata ketika diserang penyakit jantung pada 2014, beliau hanya punyai baki selama dua tahun untuk persaraan wajib dan tiada keperluan untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi.

“Tidak dinafikan banyak kritikan yang saya terima disebabkan umur perkhidmatan yang masih berbaki hanya dua tahun tambahan pula umur pun sudah lanjut maka tidak perlulah hendak sambung belajar kerana tidak mungkin dapat kenaikan pangkat.

“Komen-komen sebegini saya nafikan dengan baik sambil menjelaskan bahawa saya tiada pun niat untuk naik pangkat sebaliknya hanya ingin meneroka keindahan ilmu pengetahuan milik Allah swt ini,” katanya lagi.

Ditanya mengenai petua kejayaannya menyelesaikan pengajian dengan baik, Dr. Zulkifli berkata mana-mana individu yang mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi haruslah mempunyai semangat yang kental.

“Universiti ini pada pendapat saya bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu tetapi juga berfungsi sebagai institusi untuk membina jati diri bakal-bakal pemimpin pada masa hadapan dengan memberikan cabaran hebat pada mental dan fizikal seseorang pelajar itu.

“Cabaran ini amatlah nyata terutama jika kita menyambung pengajian pada usia yang telah meningkat serta mempunyai komitmen yang agak ‘ketat’ pada kerjaya dan rumahtangga. Oleh yang demikian haruslah bagi sesiapa yang ingin menyambung pengajian supaya tabahkan hati dan perasaan pada setiap cabaran yang mendatang,” katanya lagi.

Dr. Zulkifli Ab. Latiff

Explore More