April 24, 2024

Search
Close this search box.

Hari Mesra 1 Matematik Erat Hubungan Pelajar dan Pensyarah

Seramai 54 ahli jawatankuasa pelajar Tahun 2, Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains yang diketuai oleh Pengarah Program, Muhammad Fikri Bin Badaruzaman di bawah penasihatan Penasihat Akademik, telah mengadakan program Hari Mesra 1 Matematik (HAM1M) di Dataran Fakulti Sains, UTM pada 11 Oktober 2019.

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Sains, Prof Dr Fadhilah binti Yusof.

Program ini merupakan program tahunan jabatan yang diinisiasikan oleh mantan Pengerusi JK Pembangunan Pelajar JSM, Tn Hj Hamisan bin Rahmat.

HAM1M 2019 disertai oleh seramai 259 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Tahun 1 hingga Tahun 4 program Sarjana Muda Matematik dan Matematik Industri serta 38 pensyarah Jabatan Sains Matematik.

Program ini bermatlamat untuk mengeratkan lagi hubungan antara pensyarah dan pelajar-pelajar Jabatan Sains Matematik. Aktiviti-aktiviti yag dijalankan juga merupakan aktiviti yang sangat santai dan menyeronokkan.

Aktiviti utama program ini adalah Crazy Mathzy Race, di mana peserta perlu mencari password laptop di setiap checkpoint. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di setiap checkpoint adalah Badminloon, Sharp Shooter, Guess What Challenge, Tongue Twister Relay, Bonding Rope dan Nenek Kebayan.

Semua aktiviti yang telah dijalankan ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam sukan dan permainan, menjalinkan hubungan yang erat antara pelajar dan juga pensyarah, menyemarakkan persefahaman, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Melalui program ini, semangat daya saing dalam diri pelajar dapat diwujudkan untuk mencapai kemenangan serta melahirkan semangat kerjasama untuk bersama-sama meraih kemenangan.

Semua peserta mempamerkan riak wajah yang penat tetapi sangat berpuas hati dengan program ini. Semoga program HAM1M ini kekal meriah dan seronok seperti kali ini pada masa akan datang.

 

Disediakan oleh :

Muhammad Naqiuddin Irfan Heiqal bin Azizan, Shazirawati Mohd Puzi, Nor Muhainiah Mohd Ali, Faridah Mustapha, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nur Arina Bazilah Aziz, Hang See Peng, Yeak Sue Hoe dan Ani Shabri.

 

Explore More