April 26, 2024

Search
Close this search box.

SHARPS, FSSH Sokong Usaha SMK MEDINI dalam Cabaran “ENERGY EFFICIENT CHALLENGE”

Pelajar-pelajar Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) julung kalinya telah menyokong usaha SMK Medini, Iskandar Puteri dalam cabaran Energy Efficiency Challenge (EEC 2019) yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Menurut pensyarah kanan SHARPS, Dr Irmawati Norazman, inisiatif yang dilaksanakan oleh SMK Medini ini merupakan satu usaha murni yang harus dicontohi dan perlu disokong pelbagai pihak dalam usaha membudayakan kehidupan cekap tenaga terutama dalam kalangan generasi muda.

Energy Efficiency Challenge adalah satu langkah dalam kecekapan tenaga yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga bermula pada 2014 di sekolah-sekolah menengah di Malaysia.

Terdapat pelbagai kategori pertandingan iaitu Kategori Kecekapan Tenaga Elektrik, Kategori Video Pembentangan Paling Kreatif dan Kategori Video Paling Tular.

Berdasarkan penerangan yang diberikan oleh Guru Pembimbing SMK Medini iaitu Cikgu Nurul Suraini, SMK Medini menfokuskan cabaran dalam kategori Kecekapan Tenaga Elektrik.

Justeru, kempen dan penerangan terhadap penjimatan tenaga terutama tenaga elektrik giat dijalankan dalam usaha memberi kesedaran mengenai kesan penjimatan tenaga kepada alam sekitar.

Para pelajar SHARPS, FSSK mengambil peluang ini dengan menyokong penjimatan tenaga di fakulti serta di kolej kediaman.

Diharapkan usaha begini akan terus memberikan kesedaran yang konsisten kepada mahasiswa UTM dalam membentuk golongan intelektual yang cinta akan alam sekitar.

Penerangan ringkas oleh Dr Irmawati Norazman sebelum sesi kelas bermula

Explore More