April 24, 2024

Search
Close this search box.

Tahniah diucapkan kepada pemenang Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI 2019).

Pensyarah Kanan Senibina Landskap, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Dr. Norliza Mohd. Isa telah mendapat tempat ketiga bagi Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif Bersemuka dengan inovasi beliau ‘Menginsankan Pendidikan Melalui Projek Outdoor Classroom’.

Projek usahasama antara  pelajar program Senibina Landskap, FABU dengan Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru ini mendapat sokongan penajaan dari badan korporat Nippon Paint Malaysia.

Projek ini merupakan salah satu projek rekabentuk dalam kursus tahun 1 Basic Design 2 (Community Studio) dengan penglibatan seramai 14 orang pelajar dengan dibantu oleh staf Makmal Teknologi untuk kerja-kerja pertukangan kayu.

Kejayaan pelajar menghasilkan karya seni bagi rekabentuk Outdoor Classroom ini bukan sekadar memberi pengalaman pembelajaran imersif bagi mereka bahkan telah memberi impak kepada pelajar-pelajar sekolah. Ini sejajar dengan matlamat pendekatan yang diterapkan iaitu CPBL (Community Project Based Learning).

Seramai lebih 230 pencalonan telah diterima oleh pihak Kementrian Pendidikan dan pemilihan 10 finalis akhir telah dijalankan secara teliti yang melibatkan lebih 50 pakar bidang.

Enam kategori yang dipertandingan dalam AKRI 2019 ialah Kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif (Maya), Kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif (Teradun), Kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif (Bersemuka), Kategori Kategori Pengajaran Transformatif, Kategori Pentaksiran Alternatif dan Kategori Kurikulum Program Pengajian Inovatif

Dr Norliza turut dibantu oleh Prof. Madya Dr. Naziha sebagai penasihat rekabentuk pembelajaran, Prof. Madya LAr Dr. Sapura Mohamad dan LAr Dr Zanariah Jasmani sebagai penasihat rekabentuk landskap dan En Zahri Abdul Jalil selaku pembantu kemahiran.

Dengan kejayaan tempat ketiga ini beliau membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai RM3,000.

Artikel disediakan oleh Dr. Norliza Mohd Isa.

Explore More