April 25, 2024

Search
Close this search box.

Pada 17 Julai 2019 (Rabu) telah berlangsung Kolokium Antarabangsa Pascasiswazah 2019 anjuran Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM.

Bersempena dengan lawatan daripada Fakultas Syariah Dan Hukum, UIN Raden Fatah, Palembang, Indonesia, satu sesi Kolokium bersama para pelajar S2 (Sarjana) Program Studi Magister Hukum Tata Negara telah diadakan.Delegasi daripada UIN Raden Fatah diketuai oleh Dr. Ulya Kencana bersama 4 orang dosen fakultas syariah dan hukum, serta 18 orang pelajar sarjana mereka.

Turut sama terlibat ialah pensyarah-pensyarah dari Akademi Tamadun Islam sebagai penilai bagi pembentangan kolokium mereka tersebut

Program bermula pada jam 8.30 pagi yang berlangsung di DK2, T08 Azman Hashim Business School, Universiti Teknologi Malaysia.

Program ini  dirasmikan oleh YBhg. Dr.Ahmad Marzuki Bin Mohd, Timbalan Pengerusi Akadmi Tamadun Islam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Turut hadir bersama YBhg. Prof. Dr. Mohd Ariffin bin Abu Hassan, Pengarah Bersama, Student Services and Global Education Experience UTM International.

Selain dari sesi pembentangan bersama para pelajar, turut diadakan ialah sesi  dialog dua hala antara Kumpulan Penyelidikan Syariah, Perundangan dan Ekonomi (SLEC) dengan Fakultas Syariah dan Hukum, UIN Raden Fatah, Palembang bagi membincangkan program-program kerjasama serta isu-isu berkaitan dengan bidang syariah pada masa kini.

Pada sesi petang Deligasi UIN Raden Fatah ini di bawah melawat ke sekitar Universiti Teknologi Malaysia.

 

Explore More