Media and Game Innovation Centre of Excellence (MaGICX) telah diberi tangggungjawab bagi menjalankan penyelidikan “A Study for the Needs to Develop a Technoprenuer Program Among Person with Disabilities” yang melibatkan Orang Kurang Upaya (OKU) oleh Malaysia Technology Development Corporation Sdn. Bhd. (MTDC).

Peserta didedahkan dengan konsep Design Thinking

Prof. Dr. Mohd Shahrizal menerangkan tentang Revolusi Industri 4.0

Sehubungan dengan itu, MaGICX telah mengadakan bengkel visi selama tiga hari bersama-sama peserta OKU yang terpilih dari seluruh Malaysia. Bengkel ini bertujuan untuk memahami keperluan serta pengetahuan usahawan teknologi bagi OKU, mewujudkan kesedaran berkenaan Industri 4.0 bagi OKU, serta mendapatkan maklum balas mereka berkenaan ekosistem keusahawanan yang dirasakan sesuai dengan keperluan semasa.

Para peserta sedang mengisi borang penilaian berkaitan aktiviti yang dijalankan sepanjang program

Para peserta sedang menjalankan aktiviti berkaitan Design Thinking

Bengkel yang diadakan di Residensi UTM Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 April 2019 ini melibatkan 10 fasilitator dan 20 orang pelajar sukarelawan dari UTM. Sebanyak 167 permohonan OKU telah diterima dari seluruh negara. Namun begitu, hanya 46 peserta OKU yang berkelayakan sahaja yang dipilih bagi menyertai bengkel ini.

Para peserta didedahkan dengan aktiviti “Pengenalan Kepada Design Thinking” serta sesi motivasi bersama pemenang Anugerah Khas OKU Terbaik Kategori Usahawan dan Reader’s DigestInsipiring Asian Award(Youth Malaysia), En. Sukur Ibrahim. Pemilik perniagaan D’Strike Solution ini juga adalah penulis kepada dua buah buku iaitu, “Takdir itu Anugerah #OKUTAPIOK” dan “Inspirasi Sukur”.

Prof. Dr. Mohd Shahrizal Sunar bergambar bersama Penulis dan Penceramah Motivasi, En. Sukur Ibrahim

Pihak komuniti OKU menyambut baik inisiatif daripada pihak UTM dan MTDC dalam menyantuni serta menyelami keperluan mereka agar tidak ketinggalan dalam menghadapi Industri 4.0 nanti. Mereka berharap agar lebih banyak lagi bengkel-bengkel seperti ini akan diadakan buat mereka pada masa hadapan.

Sesi perkongsian pengalaman dan motivasi oleh En. Sukur Ibrahim