April 24, 2024

Search
Close this search box.

Penerapan ICT dalam Pemantauan Agrikultur dan Alam Sekitar oleh Penyelidik UTM dan ASEAN

JOHOR BAHRU, 2 Feb. — Pada 29 dan 30 Januari 2019, Profesor Madya Ir. Dr. Sharifah Hafizah Syed Ariffin dan Dr. Nurzal Effiyana Ghazali dari Sekolah Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan bersama-sama dengan penyelidik dari lima buah negara ASEAN yang lain iaitu Indonesia, Myanmar, Thailand dan Brunei telah mengadakan lawatan lapangan di Kuala Belait dan Wasan, Brunei Darussalam.

Projek yang sedang berjalan sehingga tahun 2021 adalah berkaitan dengan penerapan elemen ICT dan IoT untuk pemantauan kawasan berpotensi tinggi kepada kebakaran hutan tanah paya gambut serta masalah pembekalan air kepada kawasan padi di Wasan, Brunei.

Projek penyelidikan ASEAN IVO ini adalah di bawah National Institute of Communication and Technology (NICT) Jepun iaitu Projek ‘NAPC: Networked ASEAN Peat Swamp Forest Communities’ dan ‘A Mesh-Topological, Low-power Wireless Network Platform for Smart Watering System’.

Penyelidikan yang melibatkan negara-negara ASEAN ini memberi impak yang besar kepada penerapan ICT di dalam agrikultur setempat yang mana penyelidikan ini juga melihat kepada perbezaan situasi kawasan yang sangat bergantung kepada kawasan dan cuaca negara tersebut.

Data daripada penyelidikan ini diharap dapat membantu Malaysia dalam menerapkan ICT di dalam agrikultur penanaman padi yang terdiri daripada pelbagai jenis bagi kawasan-kawasan tertentu di semenanjung, Sabah dan Sarawak.

 

Lawatan lapangan di Kuala Belait, Brunei

 

Explore More