April 25, 2024

Search
Close this search box.

Deligasi Pelajar FABU sertai Planning Students Assembly (PSA 2019)

KUALA LUMPUR, 31 Jan. — Seramai 30 orang mahasiswa dari program Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyertai Planning Students Assembly (PSA) anjuran  Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan kerjasama Malaysian Institute of Planners (MIP).

PSA merupakan perhimpunan terbesar dwi tahunan bagi mahasiswa program Perancangan Bandar dan Wilayah di seluruh universiti awam di Malaysia.

Mahasiswa daripada FABU yang juga merupakan ahli Persatuan Mahasiswa Perancangan Bandar dan Wilayah UTM (PEWIBAWA) telah turut menyertai dan memenangi beberapa pertandingan sepanjang program tersebut.

Tempat ke-2 pertandingan New Urban Agenda Story sempena PSA 2019.

Tempat ke-3 universiti terbaik keseluruhan PSA 2019.

Pada tahun ini, ‘Embracing the New Urban Agenda Towards Sustainable Metropolitan Development’ telah dipilih sebagai tema perhimpunan tersebut yang berlangsung dari 27 sehingga 31 Januari 2019.

Perhimpunan PSA 2019 telah berjaya mengumpulkan seramai 147 orang peserta yang merangkumi mahasiswa program Perancangan Bandar dan Wilayah dari pelbagai universiti iaitu UTM Kampus Johor Bahru (UTM JB), UTM Kampus Kuala Lumpur, Universiti Islam Aantarabangsa Malaysia, Universiti Teknologi MARA Kampus Seri Iskandar, Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam dan Universiti Sains Malaysia.

Pasukan UTM JB telah menyertai pelbagai acara, aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan sepanjang program tersebut berlangsung. Pada hari pertama, peserta terlibat dengan aktiviti merekabentuk idea dan konsep ‘Ini Kerincilah’ bagi tujuan penambahbaikkan persekitaran PPR Kg. Kerinci.

Program PSA telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen  Lembah Pantai, Yang Berhormat Fahmi Fadzil dan turut dihadiri oleh Presiden MIP, TPr. Hj Ihsan Zainal Mokhtar.

Program diteruskan dengan acara ‘Forum Anak Muda Metropolis’.

Selain itu, pasukan UTM JB turut bertanding dalam acara ‘Metropolis Race’ dan teater ‘PSA Life Unplugged’, di mana wakil UTM JB telah mempersembahkan sebuah drama bertemakan ‘Smart Infrastructure’.

Manakala aktiviti khidmat masyarakat bagi pasukan UTM JB telah diadakan di Kota Damansara Community Forest.

Semua peserta PSA telah diraikan dalam sebuah Majlis ‘Makan Malam Semalam di Metropolis’ di Putrajaya International Convention Centre, Putrajaya.

Program khidmat masyarkat di Kota Damansara Community Forest bersama NGO, My Cangkul.

Pameran hasil kerja para pelajar di ruang legar Dewan Auditorium, Mercu Alam Bina, UM.

Pasukan yang telah diiringi oleh pensyarah kanan program Perancangan Bandar dan Wilayah, Dr. Noor Aimran Samsudin telah merangkul tempat ke-3 universiti terbaik keseluruhan selain tempat ke-2 bagi pertandingan New Urban Agenda Story.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Presiden MIP di Dewan Auditorium, Mercu Alam Bina, UM.

Secara umumnya, penglibatan peserta UTM dalam acara perhimpunan seperti ini mampu meningkatkan tahap pemahaman para pelajar program SMPBW terhadap pelbagai isu, prospek dan potensi profesion perancang bandar dalam membangunkan negara secara mampan.

Penganjuran PSA pada tahun 2021 dijadualkan akan dianjurkan oleh UIAM.

Explore More