April 20, 2024

Search
Close this search box.

Pusat Kerjaya Universiti Teknologi Malaysia (UTMCC) dengan kolaborasi bersama dengan Avana.Asia dan Pertubuhan Dagang Jati Negeri Johor (PUDJ) telah menganjurkan Program Revolusi Mahasiswa dan Usahawan E-Commerce.

Program yang berlangsung di Dewan Alumni, UTM kampus Johor Bahru ini telah berjalan selama dua hari bermula 14 Disember 2018.

Pengarah UTMCC, Prof. Madya Dr. Othman Ibrahim berkata program ini dijalankan bagi menimbulkan kesedaran dan pendedahan kepada pelajar mengenai perniagaan cara moden iaitu melalui penggunaan teknologi e-commerce (e-dagang).

“Program ini juga menyokong agenda kerajaan ke arah pembangunan ekonomi digital secara hilistik melalui pemadanan perniagaan di antara mahasiswa dan pihak Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang sememangnya menggunakan teknologi ini secara masa nyata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian yang disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif Negeri Johor, Tuan Sheikh ‘Umar Bagharib Ali.

Menurutnya lagi, program ini menekankan hakikat sebenar mengenaig proses digitalisasi dalam perniagaan yang bukan lagi satu pilihan tetapi kemestian pada masa kini.

“Ini adalah disebabkan teknologi automasi mampu melebarkan pasaran manakala kreativiti pula memberi nilai tambah kepada mahasiswa sebagai usahawan masa hadapan.

“Program ini mendapat sambutan yang amat baik dari golongan pelajar dan juga usahawan yang sememangnya memerlukan ilmu dan kemahiran sebegini dalam memantapkan perniagaan masing-masing,” katanya.

Pelbagai program dan aktiviti berkaitan pembangunan usahawan telah dijalankan seperti penggunaan sistem digital dalam perniagaan dan promosi, pendaftaran perniagaan bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pendaftaran dalam persatuan usahawan, taklimat bantuan perniagaan, pemadanan perniagaan dan sebagainya.

Para peserta yang dibahagikan mengikut kumpulan sedang menyelesaikan tugasan.
Peserta yang baru tiba mendaftar di kaunter pendaftaran kursus

 

 

 

 

 

Pengarah UTMCC, Prof. Madya Dr. Othman Ibrahim memberi kata-kata aluan ketika majlis perasmian kursus di Dewan Alumni, UTM Johor Bahru.
YB Tuan Sheikh ‘Umar Bagharib Ali, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif Negeri Johor merasmikan program Revolusi Mahasiswa.

Explore More