April 25, 2024

Search
Close this search box.

UTM Terima 327 Pelajar Baharu bagi Program Prasiswazah Semester 2 Sesi 2018/2019

JOHOR BAHRU, 25 Jan. — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu prasiswazah bagi Semester 2, Sesi 2018/2019

Seramai 327 pelajar baru telah mendaftar pada 23 Januari 2019 dalam pelbagai program Sarjana Muda, di mana 165 orang merupakan pelajar antarabangsa.

Pelajar antarabangsa tersebut datang dari pelbagai negara antaranya Indonesia, Bangladesh, Mesir, Yemen, China, Arab Saudi dan Pakistan.

Prof. Madya. Dr. Abdullah Sani Hj. Ahmad berkata, jumlah pelajar UTM yang terkini adalah kira-kira 24,426 orang pelajar di mana 15, 630 daripadanya ialah pelajar Prasiswazah.

“Daripada jumlah itu juga, 21, 225 ialah pelajar tempatan dan 3201 ialah pelajar antarabangsa,” katanya semasa mewakili Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Durrishah Idrus dalam Sesi Aluan Pelajar Baharu di Dewan Senat, UTM cawangan Johor Bahru, hari ini.

Tambah beliau juga, 6,282 pelajar adalah pelajar prasiswazah tergolong dalam golongan B40 dan UTM telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk membantu meringankan beban pelajar-pelajar ini.

Antaranya ialah biasiswa Endowmen, Zakat, Kupon Makanan Because We Care Chancellor’s Fund, Suspended Meal serta pelbagai biasiswa tajaan industri.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Durrishah Idrus pula mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang terpilih ke UTM memandangkan jumlah permohonan yang diterima sangat tinggi bagi setiap sesi pengambilan.

Beliau juga menekankan bahawa selain daripada proses pengalaman pembelajaran dalam bilik kuliah, ujian, tugasan makmal dan kurikulum berkredit, penyertaan dalam aktiviti tambahan seperti kelab, persatuan, badan beruniform, kesukarelawanan dan apa juga wadah lain yang berdaftar dengan universiti adalah sangat penting untuk memberi pendedahan terhadap persekitaran industri, NGO, alumni dan kemasyarakatan.

“Adalah merupakan hasrat utama UTM untuk membentuk pelajarnya menjadi ‘Global Talent’ yang sentiasa berdaya saing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa” tambahnya lagi.

Pesara Tentera Laut Di Raja Malaysia, Tay Ah Kiow yang datang dari Manjung untuk mendaftarkan Tay Yee Meh ke Program Sarjana Muda Sains Dalam Pendidikan (TESL) berharap anaknya itu dapat menyesuaikan diri dengan suasana kampus UTM yang indah dan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita.

Bagi Mageswaran Vasuthevan yang datang dari Ipoh, beliau dan anaknya Syamalla Mageswaran membuat semakan terhadap penarafan universiti sebelum menerima tawaran ke UTM kerana menerima tawaran lain dari sebuah universiti awam lain yang lebih hampir dengan kediaman mereka.

Perkara yang sama juga dikongsi oleh pasangan guru dari Raub, Saiful Bahari Haron dan Zabarina Md Kasa yang berbincang untuk memutuskan memilih UTM bersama anak mereka iaitu Muhamad Syafiq Mustaqim Saiful Bahari yang juga menerima tawaran lain ke sebuah universiti awam.

“Kami berharap anak kami belajar bersungguh-sungguh untuk mempersiapkan diri untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara” ujar mereka lagi.

Hampir 350 pelajar hadir dalam Sesi Aluan Pelajar Baharu pada 25 Januari 2019

Mageswaran Vasuthevan datang dari Ipoh nebdaftarkan anak beliau Syamalla Mageswaran
Pesara Tentera Laut Di Raja Malaysia, Tay Ah Kiow datang dari Manjung untuk mendaftarkan Tay Yee Meh ke Program Sarjana Muda Sains Dalam Pendidikan (TESL)
Sekitar hari pendaftaran pelajar baru

Explore More