April 23, 2024

Search
Close this search box.

KUALA LUMPUR, 23 Nov. – Pelajar pascasiswazah daripada Fakulti Teknologi dan Informatik Razak (FTIR), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), melalui kumpulan mereka, RTFirst telah memenangi tempat pertama dalam Hackathon Data Terbuka 2018.

Pelajar tersebut, Faizura Haneem binti Mohamed Ali dan Adi Azlan bin Mohd Ali telah memenangi Tempat Pertama bagi Universiti dan Industri dan berjaya merebut hadiah yang bernilai RM10,000.

Projek hackathon yang telah dibangunkan oleh trio pelajar tersebut, ‘i-Queue’, merupakan hasil seliaan bersama Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi, Pembangunan dan Alumni FTIR, Prof Madya Dr. Mohd Nazri Kama.

I-Queue merupakan aplikasi web yang memberikan penyelesaian kepada masalah menunggu di kaunter servis kerajaan (antaranya adalah kaunter servis hospital dan klinik kerajaan) dengan lebih mesra pengguna menggunakan teknologi terkini

Aplikasi tersebut bertujuan untuk menyelesaikan masalah kesesakan di kaunter-kaunter kerajaan dengan pemanfaatan data terbuka dan teknologi terkini seperti Data Analytics, Internet of Things (iOT), dan Machine Learning.

RTFirst merupakan kumpulan usahasama pelajar dari UTM dan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hackathon Data Terbuka Malaysia 2018 merupakan satu pertandingan pembangunan produk atau aplikasi menggunakan set data yang disediakan di Portal Data Terbuka Malaysia sebagai data asas di samping menggunakan sumber-sumber data lain.

Penganjuran Hackathon ini bertujuan untuk menyediakan ruang perkongsian ilmu, mempromosi produk atau inisiatif digital perkhidmatan awam dan menggalakkan penglibatan komuniti dalam membangunkan produk inovasi menggunakan Data Terbuka Malaysia.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan.

Hackathon Data Terbuka telah dianjurkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada 18-24 September 2018 di Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).

Tahniah diucapkan kepada pemenang!

Explore More