Pelajar UTM, Penduduk Bentuk Gandingan Mantap Indahkan Desa Bakti

Kehadiran 130 pelajar UTM dari pelbagai kaum memberi sinar kegembiraan kepada para penduduk Perumahan Desa Bakti UTM, baru-baru ini.

Pengarah program, Muhammad Nur Imran Abdul Rashid berkata matlamat utama program adalah untuk memberi peluang kepada pelajar dan semua peserta mengenali dan mencurah bakti di persekitaran universiti ini melalui penganjuran program berkonsepkan sosial, kebajikan dan keceriaan.

“Pada masa sama program ini dapat merapatkan hubungan dan kerjasama bukan sahaja di kalangan peserta tetapi juga dengan penduduk perumahan Desa Bakti,” ujarnya.