April 26, 2024

Search
Close this search box.

Tahniah pemenang Mobile Phone Video Competition edisi Bulan Kemerdekaan

Tahniah kepada Nani Amalina binti Zulkanain dari Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan yang dipilih sebagai pemenang Monthly Mobile Phone Video Competition bagi tema bulan kemerdekaan  2018. Video yang diberi tajuk Love My Malaysia itu berdurasi satu minit menunjukkan kepelbagaian dan keunikan Malaysia di mata mahasiswa sarjana UTM itu.

Nani Amalina menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM500 dan sijil kemenangan daripada Pengarah Hal Ehwal Korporat UTM, Prof. Madya Dr. Zaleha Abdullah.

Nani menyifatkan penyertaannya pada pertandingan kali ini sebagai percubaan untuk mempersembahkan kepelbagaian negara Malaysia dan tidak menyangka akan memenangi pertandingan tersebut.

“Asalnya mahu mencuba. Namun Alhamdulillah memang tak sangka! Terima kasih UTM atas peluang dan pemilihan. Video ini adalah antara intepretasi saya apabila melihat kepelbagaian Malaysia dari segi makanan popular serta keamanannya. Kita hidup dengan apa yang ada hari ini. Bersyukur dengan apa yang ada hari ini.” katanya.

Video yang dihasilkan oleh Nani Amalina :

Explore More