April 19, 2024

Search
Close this search box.

Pelajar Diploma Senibina UTM Cemerlang pada PAM Annual Architecture Student Works Exhibition (PAASWE) 2018

ARCO UTMKL bergambar bersama Ar. Erzumi, Presiden PAM

JOHOR BAHRU, 22 Okt. – Pelajar Diploma Senibina Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengharumkan nama universiti apabila mencatatkan kemenangan dalam beberapa siri pertandingan anjuran pada  PAM Annual Architecture Student Works Exhibition (PAASWE).

Pelajar Fawwaz’ Aqilah Mohd Razali manakala tempat kedua Lim Xiao Teng telah memenangi Pertandingan Logo PAASWE, di mana rekaan logo yang menjadi juara akan menjadi logo rasmi PAASWE bermula dari tahun 2018 ini.

Logo-logo ini adalah sebahagian dari tugasan pelajar dibawah kursus DDWR2611 – Pertandingan Senibina pada Semester 2, 2017/18 yang lalu yang kemudian inisiatif pelajar itu sendiri untuk menghantar bertanding dalam pertandingan logo anjuran PAM yang terbuka kepada semua pelajar senibina UA/IPTS di Malaysia.

Sebanyak 20 penyertaan logo diterima dan proses pemilihan pemenang logo dibuat oleh ahli-ahli Jawatankuasa Pendidikan Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) Education Committee yang terdiri dari pensyarah UA/IPTS dan arkitek profesional. Identiti pencipta setiap logo dirahsiakan agar penjurian dijalankan secara adil.

Bagi acara Anugerah Pertandingan Kreatif Kertuk Buluh, ARCO UTMKL ”GEMARCO” dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga menewaskan 23 penyertaan dari universiti awam dan institusi pengajian tinggi swasta lain.

Manakala bagi Rekaan Booth Terbaik, kumpulan pelajar dari UTM telah mendapat Anugerah Emas pada kedudukan ketiga dari 23 booth keseluruhan dengan 92.2 mata manakala rekabentuk booth rekaan satu lagi kumpulan pelajar UTM juga berjaya mendapat Anugerah Perak pada kedudukan ke-17 dari 23 booth keseluruhan dengan 78.0 mata.

Program berbentuk pameran tersebut merupakan anjuran PAM dan berlansung dari 17 hingga 21 Oktober 2018.

Tujuan pameran ini adalah untuk memperlihatkan jenis pengalaman terowong yang dibawa oleh setiap institusi.

Tema untuk pameran tahun ini adalah “VIA”, di mana “VIA” mengikut definisi ialah “dengan cara”, iaitu perkataan yang dipinjam dari bahasa Latin dan mempunyai maksud asal “jalan” atau terowong mencapai satu titik dari yang lain.

PAASWE2018 adalah platform mempamerkan kerja pelajar seni bina yang terbaik dari semua sekolah seni bina UA/IPTS Malaysia, dan terbuka kepada UA/IPTS yang menawarkan kursus senibina di pelbagai peringkat di seluruh Malaysia.

Penyertaan adalah berdasarkan ’first come first serve basis’ dan PAASWE2018 kali ini telah menerima sebanyak 23 penyertaan.

Aktiviti utama acara tahunan ini adalah pertandingan rekaan ruang pameran (Booth) terbaik berdasarkan tema yang diberikan, penggunaan bahan yang disumbangkan oleh penaja secara kreatif dan pameran hasil-hasil kerja pelajar terkini.

Tiga jenis bahan sumbangan adalah tajaan Thung Hing yang perlu diintegrasikan ke dalam rekaan ruang pameran secara kreatif.

Selain dari pertandingan utama ini, satu lagi pertandingan sampingan pada PAASWE kali ini adalah merekabentuk Ketuk-Ketuk/Kertuk dari buluh.

Pandangan dari atas kawasan pameran

Penyertaan UTMKL pada PAASWE2018 kali ini melibatkan beberapa fasa iaitu :

Fasa 1 – Proses Rekabentuk;

Fasa 2 – Proses Binaan;

Fasa 3 – Proses Persediaan Pameran;

Fasa 4 – Proses Pemasangan Booth di 1Utama Shopping Centre,

Fasa 5 – Perasmian,

Fasa 6 – Tempoh Pameran;

Fasa 7 – Penjurian Booth dan Kertuk;

Fasa 8 – Anugerah dan Perasmian Penutup dan akhir sekali

Fasa 9 – Proses Membuka Booth untuk di bawa pulang ke UTMKL.

Pemenang-pemenang pertandingan logo
Tetamu VIP melawat booth UTMKL
ARCO UTMKL bergambar kenangan di ruang pameran UTMKL

Secara keseluruhan penyertaan kali ini berjalan dengan baik dari awal sehingga ke akhir dengan tiada sebarang insiden yang tidak diingini terjadi.

Pelajar-pelajar yang terlibat telah mengikut arahan dengan baik dan memberikan kerjasama yang diharapkan.

Setiap ahli ARCO 1DDWR, 2DDWR dan 3DDWR sama-sama berganding bahu dan hubungan sesama pelajar semakin erat sepanjang proses PAASWE2018 ini.

Adalah menjadi harapan agar pihak pengurusan akan terus menyokong Program DDWR bagi menyertai acara seperti ini dimasa hadapan.

Explore More