April 20, 2024

Search
Close this search box.

Dua Pensyarah UTM Menangi Anugerah Sempena Anugerah Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2018

KUALA LUMPUR, 19 Okt. – Dr. Mariani Abdul Hamid dan Dr. Mohd Iskandar Illyas Tan masing-masing muncul Pemenang Utama dan Pemenang Saguhati di majlis Anugerah Pengkomersialan Tahunan (MYC) 2018 yang di adakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLC).

Dr. Mariani melalui Syarikat Bioprocosmeceutical Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat Spin-Off UTM Company dan juga incubatee Technology Park Malaysia (TPM) telah menghasilkan inovasi penyelidikan kulit manggis untuk penjagaan kulit wajah yang menggunakan alpha-mangostin (tumbuhan tempatan) noisome.

Produk berjenama DERMAGS Skin Care itu dibangun ketika beliau mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah di Universiti Donggok, Korea Selatan. Menurutnya, kulit manggis mempunyai banyak kelebihan serta baik untuk mencerahkan kulit, antipenuaan dan membaik pulih sel mati. Manggis sebagai sumber asli tempatan dibangunkan menggunakan teknologi nano memberi banyak kelebihan kepada produk ini. Ia telah berjaya dieksport ke luar negara termasuk Singapura, China, India dan lain-lain dengan anggaran nilai pengkomersialan produk ini sehingga bulan September 2018 ialah sebanyak RM6.3 Juta.

Sementara itu Dr. Mohd Iskandar Illyas Tan,  Ketua Pegawai Eksekutif HOLISTICS Lab Sdn Bhd yang juga syarikat Spin-Off UTM memenangi saguhati bagi kategori Usahawan Penyelidik melalui ciptaanya iaitu QuikHalal, aplikasi pengauditan halal berasaskan cloud yang pertama.

QuikHalal dapat meningkatkan produktiviti juruaudit dengan memudahkan dan mempercepat pengurusan audit halal melalui perancangan audit yang cekap, pengumpulan data sistematik dan perkongsian maklumat secara online. Juruaudit boleh merancang audit halal mereka berdasarkan skim persijilan halal Malaysia (Makanan dan Minuman, kosmetik, farmaseutikal, premis makanan dan restoran, rumah penyembelihan, barangan pengguna dan logistik) yang dikategorikan oleh JAKIM.

Ciptaan ini merupakan produk penyelidikan dan pembangunan intensif sejak 2009 yang memasuki fasa pengkomersialan pada tahun 2015 setelah proses pemfailan hak cipta selesai. Projek yang juga disokong oleh PlatCOM Ventures yang menyediakan geran pre-komersialisasi juga memenangi Halal Hi-tech Challenge pada tahun itu.

QuikHalal, yang beroperasi pada platform Android dan Apple iOS yang menyokong pelbagai bahasa, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Cina, Jepun dan Rusia. Antara pengguna QuikHalal ialah Jabatan Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Lucky Food Sdn Bhd, Pertubuhan Peladang Kebangsaan, Koridor Utara Malaysia, PlatCOM Venture, Sumirubber Malaysia Sdn Bhd dan Dr Water of Japan.

Anugerah MCY 2018 merupakan anjuran Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). Setiap pemenang utama menerima RM130,00, trofi dan sijil manakala pemenang saguhati menerima RM50,00, trofi dan sijil, Hadiah disampaikan oleh menterinya, YB Puan Yeo Bee Hin.

 

Explore More