April 26, 2024

Search
Close this search box.

130 kakitangan Canseleri UTM sertai program Team Building

JOHOR BAHRU, 5 Ogos 2018 – Seramai 130 kakitangan jabatan Canseleri, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyertai program ‘Team Building’ bagi memupuk ukhwah persahabatan di kalangan kakitangan bertugas di jabatan berkenaan.

Program sehari kelolaan Unit Audit Dalam (UAD) berkenaan telah berlangsung di perkarangan kediaman rasmi Naib Canselor UTM dan telah dirasmikan pembukaannya oleh beliau.

Staf Canseleri melakukan aktiviti berkumpulan sebelum memulakan aktiviti Mencari Harta Karun di sekitar kediaman rasmi Naib Canselor dan kawasan sekitarnya.

Penyelaras Program Team Building Canseleri 2018, M.Sahidi Saigon berkata program ini adalah kali yang kedua dianjurkan Jabatan Canseleri dengan kali pertama penganjurannya adalah pada tahun 2015.

“Penganjuran pada kali ini juga mendapat penyertaan yang amat menggalakkan dengan jumlah peserta menjangkau 78 peratus.
“Bagi menjadikan program ini menarik, kami juga telah menyusun dengan aktiviti-aktiviti bersifat menguji minda dan fizikal seperti senam robik, aktiviti berkumpulan dan mencari harta karun di samping juga cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah yang menarik,” katanya.

Untuk penganjuran kali ini, sebanyak lapan bahagian yang bernaung di bawah Jabatan Canseleri telah terlibat iaitu Pejabat Penasihat Undang-undang, UTM International, UAD, Pusat Islam, Pejabat Naib Canselor, Pejabat Hal Ehwal Korporat, Unit Pengurusan Kualiti dan Pengurusan Risiko (QRiM) dan Majlis Profesor,” katanya.

Sahidi berkata penganjuran program ini adalah bermatlamat untuk mengukuhkan ukhwah staf jabatan canseleri yang bertugas di lapan bahagian yang berbeza-beza.

Beliau juga berharap agar banyak lagi aktiviti-aktiviti berbentuk sosial sepertimana program Team Building ini dapat dianjurkan pada masa hadapan dengan setiap bahagian dalam jabatan Canseleri mengambil bahagian mengelola secara bergilir-gilir.

“Saya cadangkan agar Canseleri menganjurkan program Senamrobik secara mingguan ataupun bulanan di kediaman rasmi Naib Canselor dengan melibatkan penyertaan staf dari kesemua bahagian dalam jabatan ini.

“Dengan ini, jalinan ukhwah persahabatan yang rapat dapat diwujudkan di samping kecerdasan tubuh badan dan produktiviti staf jabatan ini dapat ditingkatkan,” katanya.

<< Lihat foto album Program Team Building Canseleri 2018 di sini >>

Explore More