April 25, 2024

Search
Close this search box.

Fahad Sarwar Pemenang UTM MPVC edisi Mei 2018

Tahniah kepada pemenang UTM Monthly Mobile Phone Video Competition 2018 edisi bulan Mei iaitu Fahad Sarwar dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga. Tema pertandingan pada kali ini merupakan 10 Ways to Keep Our Campus Clean.

Menurut Fahad, masa depan kampus lestari akan lebih baik sekiranya setiap pelajar dan warga kerja UTM mengamalkan kebersihan dan sentiasa peka dengan persekitaran kampus.

Fahad Sarwar bakal menerima hadiah pertandingan yang merupakan wang tunai berjumlah RM500 atas kemenangan beliau. Tahniah Fahad! Jom saksikan video yang dihasilkan oleh Fahad Sarwar menggunakan kamera dan aplikasi di telefon pintarnya.

Explore More