April 19, 2024

Search
Close this search box.

Program Intervarsity Sport 2018 Tarik 126 Peserta dari 3 Universiti

JOHOR BAHRU – 2 April 2018 – Seramai 126 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mengikuti Intervarsity Sports 2018 anjuran American Institute of Chemical Engineer UTM Student Chapter (AIChE), Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga (FKT).

Program selama empat hari itu bermula 30 Mac lalu diadakan di UTM Skudai bertujuan mengeratkan hubungan antara pelajar kejuruteraan kimia sekaligus dapat memperkenalkan UTM kepada pelajar universiti lain.

Antara pertandingan yang diadakan ialah sepak takraw, bola keranjang, badminton, ping pong, futsal, ‘e-games’, bola tampar dan  bola jaring.

Penyampaian hadiah dan penutup program berkenaan dilakukan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Kamaruddin Abd Hamid yang mewakili Penasihat AIChE UTM Student Chapter, Prof. Madya Dr. Mohd. Azizi Che Yunus.

Majlis berlangsung di Dewan Sri Merbau, Kolej Tun Hussien Onn, UTM.

Perlawanan Takraw antara pasukan UTP dan UTM

Perlawanan Bola Tampar Perempuan antara pasukan UTM dan UMP

Pasukan bergu lelaki UTM

Perlawanan Bola Jaring antara pasukan UTM dan UTP.

Prof. Madya Dr. Mohd. Kamaruddin Abd. Hamid merasmikan majlis penutupan.

Gambar kenang-kenangan bersama semua peserta

Explore More