April 20, 2024

Search
Close this search box.

Hari Kelepasan Am Tambahan Sempena Hari Mengundi untuk PRU14

HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN SEMPENA HARI MENGUNDI UNTUK PILIHAN RAYA UMUM KE-14 (PRU14)

Sukacita dimaklumkan Kerajaan Malaysia telah menetapkan tarikh 9 Mei 2018 (Rabu) sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi seluruh Negara sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Pengisytiharan cuti umum ini dibuat selaras dengan Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan Am 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Selaras dengan itu, Universiti turut menyahut arahan Kerajaan dan cuti umum diberikan kepada seluruh warga Universiti pada tarikh tersebut bagi membolehkan warga Universiti menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Pertimbangan cuti tahunan juga boleh diberikan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) kepada staf yang perlu membuang undi di lokasi pengundian yang jauh.

Universiti melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 9/2018 bertarikh 16 April 2018 turut memberi pelepasan kepada pelajar daripada segala aktiviti berkaitan pengajaran dan pembelajaran pada 8 Mei 2018 (Selasa). Segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada tarikh tersebut perlu diganti untuk mencukupkan jumlah jam pembelajaran dengan pemantauan Dekan Fakulti masing-masing.

Sehubungan dengan itu, semua urusan atau program-program yang telah dirancang lebih awal pada tarikh tersebut hendaklah ditangguhkan ke suatu tarikh lain. Tindakan segera adalah dikehendaki dalam memanjangkan pemakluman penangguhan urusan atau program-program yang telah dirancang bagi mengelakkan berlakunya sebarang kesulitan.

Maklumat lanjut boleh hubungi:

Pejabat Pendaftar : Pn Noerwati bte Dolhaji (noerwati@utm.my / no.ext: 30473)

Pejabat TNC (A&A) : Pn Nuril Aini binti Ahmad Tohid (nuril@utm.my / no.ext:30552)

Explore More