April 20, 2024

Search
Close this search box.

Program K-Sharing “Sirkulasi Kampong Bharu 118 TAHUN”

12 Januari 2018, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur dengan kerjasama Malay Agricultural Settlement (M.A.S) Kampong Bharu telah menganjurkan Program Perkongsian Ilmu yang berjudul Sirkulasi Kampong Bharu 118 Tahun di Dewan Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur.

Program K-Sharing ini diadakan bersempena dengan sambutan 118 tahun usia Malay Agricultural Settlement (M.A.S) Kampong Bharu seusia wujudnya Kampong Bharu yang berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Malay Agricultural Settlement (M.A.S) Kampong Bharu telah ditubuhkan oleh kerajaan Federated Malay States pada 12 Januari 1900.

Dengan pendekatan yang lebih ilmiah dan santai, Program K-Sharing ini dikendalikan oleh seorang moderator iaitu Prof. Dr. Durrishah Idrus (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur serta tiga orang tokoh penting dan mempunyai hubung kait sejarah, perkembangan dan pembangunan Kampong Bharu iaitu Tan Sri Dr. Suleiman Mohamed, Mantan Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Titiwangsa merangkap Menteri Kewangan II dan Tuan Haji Shamsuri Haji Suradi, Setiausaha Kehormat Malay Agricultural Settlement (M.A.S) Kampong Bharu.

Perkongsian Ilmu ini memberi impak kepada para tetamu yang hadir khasnya kepada penduduk Kampung Bharu. Perkongsian matlamat dan hala tuju dijelaskan serta masalah dan risiko dirungkai bagi menjaga hak kepunyaan Kampong Bharu itu. Maklumat dari perkongsian ilmu ini juga membuka minda hadirin yang datang bagi menaikkan semangat kerjasama di kalangan bangsa itu sendiri untuk terus berdaya saing dalam memacu kejayaan.

 

Explore More