April 26, 2024

Search
Close this search box.

UTM CRES Perkenal Pengurusan Fasiliti Sekolah Abad ke-21

JOHOR BAHRU, 28 Disember 2017 –  Pusat Kajian Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM CRES) telah berjaya melaksanakan satu program penjelajahan khidmat masyarakat dalam memperkenalkan Pengurusan Fasiliti Sekolah Abad ke-21 atau dikenali sebagai FAS21, baru-baru ini.
Program itu adalah pendedahan awal kepada pihak sekolah dalam memastikan kepentingan penjagaan fasiliti sekolah dan pelaksanaan pemindahan ilmu dalam pelaksanaan audit fasiliti sekolah bagi memastikan fasiliti sedia ada sentiasa memberikan impak positif terhadap aktiviti pembelajaran pelajar.
FAS21 merupakan program pertama seumpana itu yang dilaksanakan di Malaysia. Hasil inisiatif program itu, Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini telah menjadi sekolah pertama di Malaysia dalam mewujudkan satu entiti baru dalam memperkasakan pengurusan fasiliti sekolah abad ke -21 yang dikenali sebagai Pengawas Fasiliti.
Pengwujudan Pengawas Fasiliti itu juga merupakan yang pertama di seluruh negara umumnya dan di negeri johor khasnya.
Kesungguhan semua pihak dalam pelaksanaan program ini sebagai satu institusi yang mendepani institusi lain ke arah memartabatkan Pengurusan Fasiliti Sekolah Abad ke-21 tidak dinafikan dalam memastikan program ini berjaya dilaksanakan sebaiknya.
Program itu merupakan usahasama antara UTM CRES, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini.

Explore More