April 19, 2024

Search
Close this search box.

UTM Bangunkan 20 Buah Rumah Di Bawah Program Perintis MyBNHome CSR

5 Dis 2017 – 4 tenaga pakar dari UTM bersama 31 orang pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) telah menjalankan kerjasama dengan MyIB Sdn. Bhd., Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), dan Kementerian Kewangan Malaysia dalam membangunkan 20 buah rumah di bawah Program Perintis MyBNHome CSR – Perumahan Orang Asli, Ulu Slim, Perak. Program ini dijangka berlangsung selama 4 bulan.

Misi program CSR ini  adalah untuk memberi tumpuan terhadap memperbaiki kehidupan masyarakat dan komuniti Orang Asli setempat. Disamping itu, pelajar yang terlibat berpeluang menimba pengalaman dalam teknologi pembinaan mesra alam, bekerjasama dalam pasukan, dan memupuk ciri kepimpinan. Program CSR ini telah dilaksana juga di Tawau.

UTM amat mengalu-alukan kerjasama seumpama ini dari organisasi lain yang berminat sekiranya memenuhi terma dan syarat. Sila hubungi Prof Ir. Dr Mahmood Md. Tahir bagi maklumat lanjut di mahmoodtahir@utm.my

Explore More