April 26, 2024

Search
Close this search box.

19 mahasiswa UTM sertai Jelajah Borneo 2017

JOHOR BAHRU, 15 Oktober 2017 – Seramai 19 orang mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga (FKT) dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengadakan program Jelajah Borneo 2017 anjuran Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO).

Peserta Jelajah Borneo mengadakan program pemindahan teknologi akuaponik di Kampung Lobong-Lobong.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama badan bukan kerajaan Pertubuhan Kebajikan Impak Komuniti Sabah(PIKOS) itu berlangsung selama seminggu di Kg Lobong-Lobong, Kota Belud Sabah dan Hospital Miri, Sarawak.

Program yang diinspirasikan oleh Pengetua Kolej Tun Hussein Onn, Prof. Madya Dr. Mohd Khata Jabor itu berjaya mencapai matlamat untuk menyumbang kemahiran teknologi akuaponik selain daripada memberi bantuan kemasyarakatan terhadap masyarakat kampung.

Pemindahan teknologi akuaponik yang diilhamkan oleh proses pelestarian Kolej Tun Hussein Onn itu telah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk kampung.

Seramai 60 orang penduduk kampung telah hadir bagi mempelajari teknologi akuaponik tersebut.

Aktiviti itu juga dilihat dapat mendedahkan penduduk kampung terhadap teknologi masa kini yang mampu memberikan kemudahan kepada penduduk kampung.

Program itu bukan sahaja dapat memupuk semangat integrasi bersama masyarakat luar malah mahasiswa juga dapat berkongsi ilmu mendalami budaya masyarakat kampung. Misi UTM iaitu menjadi peneraju dalam pembangunan modal insan dan teknologi inovatif demi pengkayaan khazanah negara itu juga telah diterjemahkan melalui aktiviti yang telah dilaksanakan.

Antara rakan yang turut menjayakan program itu ialah Pertubuhan Kebajikan Impak Komuniti Sabah (PIKOS) , JKK Kg Lobong-Lobong, Homestay Tanak Nabalu, Unit

Explore More