April 25, 2024

Search
Close this search box.

PUTRAJAYA, 3 November 2017 – Profesor Dr Mohamad Roji Sarmidi ahli akademik dan saintis biokimia di Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dipilih sebagai penerima Anugerah Akademik Negara ke-11 Kategori Inovasi dan Pengkomersialan Produk.

Prof Mohamad Roji menerima anugerah yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh.

Prof Mohamad Roji dan pasukannya di Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), sebuah pusat penyelidikan berstatus Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICOE) telah berjaya membuat penemuan proses dan teknologi baharu yang dinamakan sebagai Teknologi Proses Basah Bersepadu (TPBB) berfungsi untuk mengeluarkan minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dr Zainuddin Abdul Manan dan ahli kumpulan penyelidik yang diketuai Prof. Dr Mohamad Roji begambar besama anugerah yang dimenangi.

Beliau dan pasukannya telah berjaya membuat penemuan proses dan teknologi baharu yang dinamakan sebagai Teknologi Proses Basah Bersepadu (TPBB) berfungsi untuk mengeluarkan minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi.

Minyak kelapa dara ini telah aplikasikan sebagai bahan asas dalam membangunkan produk hiliran seperti suplimen kesihatan, produk penjagaan diri dan kosmetik. Sehingga kini, terdapat 10 produk berasaskan minyak kelapa yang telah dikomersilkan dibawah anak syarikat UTM, Phyto Biznet Sdn Bhd.

Produk-produk tersebut telah berada di pasaran sejak tahun 2012 dan boleh didapati dipasaran dalam dan luar negara.

Keunikan Teknologi Proses Basah Bersepadu (TPBB) yang ditemui oleh beliau dan pasukannya adalah kebolehupayaan  menghasilkan minyak 85% lebih tinggi daripada kaedah sedia ada.

Pada masa yang sama proses ini dapat mengekalkan sifat fizikal, kimia dan biologi minyak kelapa dengan kualiti yang tinggi.

Motivasi Profesor Roji dalam mendalami penyelidikan dan pembangunan bioproduk berkait rapat dengan minat beliau terhadap faktor yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan hidup manusia, khususnya keperluan nutrisi yang diperlukan bagi mencapai kesihatan yang optimum.

Selain berkecimpung didalam sektor akademia, beliau juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Nutrisi Malaysia.

Menurut beliau juga, “kelapa dipilih sebagai sumber alami kerana ianya amat sinonim dengan masyarakat Malaysia dan terkenal dengan sifat anti oksida semulajadi dimana antara fungsi dan impaknya kepada kesihatan manusia antaranya adalah kebolehan untuk merangsang dan meningkatkan metabolisme, menyokong fungsi tiroid dan membantu mengekalkan dan mengawal berat badan yang ideal”.

Bersama pasukan beliau di Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) dan kerjasama strategik yang dijalinkan bersama Phyto Biznet Sdn Bhd, inisatif ini telah berjaya bukan sahaja didalam aspek mengkomersilkan produk tetapi melibatkan juga pembangunan modal insan serta mewujudkan peluang pekerjaan disepanjang rantaian bekalan yang menyokong ekosistem pengkomersilan produk dan perkhidmatan berasaskan penyelidikan.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan di upacara penyampaian anugerah untuk pelbagai kategori di sini hari ini.

Anugerah Akademik Negara adalah anugerah akademik paling berprestij di negara ini dikhaskan untuk para ilmuan diatas sumbangan cemerlang mereka baik di dalam mahupun di luar negara.

Explore More