April 19, 2024

Search
Close this search box.

Perasmian Islamic Info Rack

Islamic Info Rack telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Pusat Islam UTM, PM Dr Aminuddin Ruskam di ‘Laluan Sutera’ di sisi Masjid Sultan Ismail. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM, Dr. Abd. Rahman Hamzah dan Ketua Unit PHEI Pusat Islam UTM, Dr. Naemah binti Hamzah.

Turut hadir ialah Pengerusi Hidayah Centre Foundation (Johor), Dr. Zulkifli Khair dan barisan kepimpinan Belia Harmoni Johor Bahru serta aktivis The Awesome Community. Mereka terdiri daripada mahasiswa UTM yang aktif dalam aktivisme kesukarelawanan.


Islamic Info Rack bertujuan untuk menyediakan informasi asas Islam kepada masyarakat kampus UTM yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kepercayaan agama menerusi pamflet dan booklet mengenai Islam. Buat masa ini, hanya wujud dua rak dan sudahpun mula beroperasi pada 26 Oktober 2017.

Semasa Majlis Konvokensyen UTM ke-59 yang dari 28 hingga 31 Oktober 2017, sebanyak 1060 pamflet dan 11 booklet (dalam bahasa Inggeris dan Mandarin) telah teredar. Buat masa ini, segala bahan adalah hasil sumbangan pihak Hidayah Centre Foundation (Johor) sambil di pantau urus oleh aktivis The Awesome Community.

 

Explore More