April 24, 2024

Search
Close this search box.

IOT HACK 2017 : RD 360 membawa pulang RM 8000

JOHOR BAHRU, 22 November 2017 – Pasukan RD 360 yang mempertaruhkan produk mereka yang berasaskan “Augmented Reality” telah dipilih sebagai johan pertandingan IOT Hack 2017..

Mereka membawa pulang hadiah geran pembangunan produk bernilai RM8000.

Pasukan RD360 juara IoT Hack 2017 bersama Ketua Pasukan Saudara Lim Ji Chen juga pembentang terbaik IoT Hack 2017

Tempat kedua dimenangi oleh pasukan Ad-Libitum dengan hadiah geran pembangunan produk bernilai RM4000 dan diikuti dengan pasukan SecurSightLine di tempat ketiga dengan hadiah RM2000 sebagai geran pembangunan produk.

Lim Ji Chen (Fakulti Kejuruteraan Elektrikal) telah dipilih sebagai pembentang terbaik dengan membawa pulang hadiah bernilai RM1000.

Pertandingan itu dianjurkan oleh Pusat Inovasi Mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi UTM (UTM XCITE) sempena Innovate Johor 2017 bertujuan  menyemarakkan semangat inovasi dan keusahawanan di kalangan mahasiswa UTM.

Jurucakapnya berkata, pertandingan itu telah bermula pada awal Oktober 2017 dengan setiap pasukan diberi masa selama sebulan setengah bagi menghasil produk atau perkhidmatan yang menerapkan unsur-unsur ‘Internet of Things’ (IoT).

Sebanyak 13 pasukan telah dipilih memasuki ke peringkat separuh akhir. Antaranya, pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrikal (FKE), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Fakulti Komputeran (FC), Fakulti Kejuruteraan Biosains dan Perubatan (FBME), Fakulti Sains (FS) dan Fakulti Alam Bina (FAB).

Hanya enam pasukan terbaaik layak peringkat akhir RD 360, Ad Libitum, Tensor Flow, Xenon, Chloring dan SecurSightLine.

“Pertandingan ini telah diadili oleh juri yang terdiri daripada ahli akademik, pakar inovasi, pembangunan produk, usahawan dan pemenang yang telah memenangi pertandingan inovasi dan keusahawanan di peringkat global.

“Antara ciri-ciri produk yang ditetapkan ialah penggunaan teknologi, kesediaan produk atau perkhidmatan yang dibangunkan untuk dipasarkan,” katanya.

Finalis : Kumpulan 8KIM

Explore More