April 25, 2024

Search
Close this search box.

Penilaian SETARA penting bagi mengukur pencapaian universiti – TNC ( A)

JOHOR BAHRU, 1 Oktober 2017 – Audit Tahunan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) adalah satu proses penting bagi mengukur kedudukan pencapaian sesebuah universiti.

Proses audit dijalankan di Dewan Bankuet.  

Penilaian itu merupakan salah satu usaha pembaikan berterusan atau Continous Quality Improvement (CQI) dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dalam meningkatkan budaya penambahbaikan kualiti akademik secara berterusan.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan), Prof. Dr. Zainuddin Abdul Manan berkata pengauditan audit SETARA amat penting bagi mengukur sesebuah institusi pengajian tinggi itu.

“Pengauditan dibuat dengan menggunakan kaedah enam peringkat iaitu dari tahap Tier 1 (Status Lemah) sehinggalah ke Tahap Tier 6 (Status Terbilang).

“Proses audit ini amat penting bagi mengukur kualiti akademik, kebertanggungjawapan dan prestasi setiap universiti awam dan universiti swasta di Malaysia dengan memberikan penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran peringkat ijazah pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu memberikan ucapan aluan dalam Majlis Perasmian sempena Lawatan Panel Auditor SETARA 2017 ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Dewan Senat, kampus Johor Bahru.

Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Dr. Azlan Abdul Rahman.

Prof. Zainuddin berkata, keputusan penarafan SETARA 2013 bagi UTM meletakkan universiti itu pada kedudukan Tier 5 iaitu pencapaian Status Cemerlang dan kejayaan itu membolehkan institusi tersebut menikmati banyak manfaat.

“Ini termasuk tajaan kerajaan bagi pengambilan pelajar dalam dan luar negara, penambahan geran penyelidikan untuk menambah minat kemasukan pelajar pasca ijazah ke UTM, “ katanya.

Panel Auditor bagi penilaian SETARA 2017 adalah Ybhg. Prof. Dr. Mohammad Hamiruce Marhaban, Prof. Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Raman, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail dan Prof. Madya Dr. Alina Shamsuddin.

Explore More