April 24, 2024

Search
Close this search box.

Pengarah Harta Bina baru fokus aspek penyelenggaraan, modal insan dan kelestarian

JOHOR BAHRU, 17 Oktober 2017 –  Pengarah Kerja Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang baru dilantik Prof. Dr. Roslan Amirudin berkata, beliau akan memberikan penekanan kepada aspek penyelenggaraan, pembangunan modal insan berkualiti dan kelestarian dalam kos pembiayaan utiliti.

Prof. Dr. Roslan

Beliau berkata, kerja-kerja penyelenggaraan berjadual dapat memanjangkan jangka hayat bangunan milik UTM manakala penyelenggaraan bersistematik dapat memastikan keselamatan bangunan sentiasa terjaga dan selamat diduduki.

Profesor Roslan (kiri) dan Profesor Latif mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Canselor Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar.

Sehubungan itu, staf yang terlibat dengan kerja-kerja penyelengaraan perlu menghadiri kursus yang bersesuaian dengan bidang tugas masing-masing supaya dapat meningkatkan pengetahuan dan menambah pengalaman.

“Mereka akan dihantar untuk mengikuti kursus yang bersesuaian mengikut bidang tugas masing-masing dari masa ke semasa bagi memastikan Pejabat Harta Bina (PHB) mempunyai staf yang terlatih dan mampu memberikan kualiti perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Dalam aspek kelestarian PHB akan memberikan ruang yang lebih kepada inovasi baru seperti pengenalan kepada kaedah penjimatan yang boleh menyokong dasar kelestarian universiti,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Profesor Roslan adalah mantan Dekan Fakulti Alam Bina dilantik sebagai Pengarah Harta Bina untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa mulai 16 Oktober 2017.

Beliau menggantikan Profesor Dr Abdul Latif Ahmad.

berkata, beliau akan melihat dengan lebih teliti beberapa hal, terutamanya yang berkaitan dengan bil utiliti dan akan memikirkan kaedah terbaik dalam mempraktikkan amalan penjimatan.

“Kita perlu lebih serius dalam aspek penjimatan memandangkan peruntukan kewangan yang terhad serta banyak komitmen lain yang perludiberi perhatian,” katanya.

Explore More