April 19, 2024

Search
Close this search box.

PECIPTA 2017: UTM raih Anugerah Khas, 8 emas, 7 perak dan 4 gangsa

KUALA TERENGGANU, 9 Oktober 2017 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya meraih satu anugerah khas Semi Grand Award, lapan  emas, tujuh perak dan empat gangsa di  Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2017 (PECIPTA 2017) yang diadakan di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Terengganu pada 7 hingga 9 Oktober lalu.

Prof. Madya Dr. Siti Hamidah Setapar bersama ahli penyelidik lain menerima anugerah Semi Grand Award.

Anugerah khas Semi Grand Award dimenangi oleh pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Kimia Dan Kejuruteraan Tenaga, Prof. Madya Dr. Siti Hamidah Mohd Setapar.

Prof.Dr. Ahmad Fauzi dijemput untuk berkongsi pengalaman dan memberi motivasi kepada penyelidik muda.

Beliau menghasilkan penyelidikan bertajuk “Bio surfactant Micellar-Nano system in Wellness Industry ” dan membawa hadiah wang tunai RM500.00.

Sebanyak sembilan produk hasil ciptaan 19 orang penyelidik daripada pelbagai latar belakang penyelidikan mewakili UTM pada pameran edisi tahun ini.

Penyertaan mereka berdasarkan prestasi pada pertandingan sebelumnya di Pameran Produk Inovasi dan Penyelidikan (INATEX), Expo Teknologi Malaysia (MTE), dan Pameran Inovasi dan Rekacipta Antarabangsa (ITEX).

PECIPTA kali ini memperkasakan konsep perpaduan sesama universiti, yang mana ruang pameran dibahagikan mengikut kluster penyelidikan, bukan lagi berdasarkan universiti.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTM, Prof.Dr. Ahmad Fauzi Ismail dijemput untuk memberi motivasi kepada peserta dan pelawat PECIPTA 2017 dalam program sesi pengkongsian ilmu “Icon Talk”.

PECIPTA yang diadakan dua tahun sekali itu bertujuan menonjolkan produk hasil ciptaan Universiti Awam (UA) dan swasta kepada masyarakat dan industri.

Sekitar 10,000 orang pelawat yang terdiri daripada pelajar sekolah, universiti, orang awam serta wakil industri telah mengunjungi pameran edisi kali ini.

Pameran PECIPTA 2017 dirasmikan oleh  Menteri  Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh, manakala penutup dilakukan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggai, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir.

Berikut adalah senarai pemenang pingat;

Emas

1) Dr. Mohd Hafiz Dzarfan bin Othman

2) Prof. Madya Dr. Mohd Azizi bin Che Yunus

3) Dr. Wira Jazair bin Yahya 4) Dr. Mohd Ridzuan bin Ahmad

5) Dr. Rohah binti A. Majid

6) Prof. Madya Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar

7) Prof. Madya Dr. Saiful Amri bin Mazlan

8) Prof. Madya Dr. Siti Hamidah binti Mohd Setapar

 

Pingat perak;

1) Prof Dr. Mohamad Kamal bin A. Rahim

2) Dr. Sophia C. Alih

3) Prof. Dr. Zaidatun binti Tasir

4) Dr. Mohd Haizal bin Jamaluddin

5) Dr. Zainul Akmar bin Zakaria

6) Prof. Ir. Dr. Nor Aishah binti Saidina Amin

7) Dr. Lee Siew Ling

 

Pingat Gangsa

1) Dr. Fatin Aliah Phang binti Abdullah

2) Dr. Rosnani binti Hasham @ Hisam

3) Prof. Madya Ir. Dr. Sharul Kamal bin Abdul Rahim

4) Prof. Dr. Siti Maryam binti Shamsuddin

 

 

Explore More