April 20, 2024

Search
Close this search box.

Kempen Kitar Semula UTM Kuala Lumpur & Penyerahan Sikal Elektrik (SER1M)

Kuala Lumpur, 16 Ogos 2017:- Kempen Kitar Semula UTM Kuala Lumpur (UTMKL) Siri 1/2017 telah dilancarkan dengan jayanya, melibatkan warga UTMKL, mahasiswa, komuniti dan sekolah berhampiran dengan kerjasama DRB HICOM Environmental Services Sdn Bhd (DHES). Kempen bertujuan memupuk amalan kitar semula barang-barang terpakai sebagai usaha untuk menjimatkan penggunaan sumber, memastikan alam sekitar sentiasa bersih, mengurangkan pencemaran dan pembaziran.  Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Azlan Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM.

Kempen ini juga merupakan satu komponen daripada pengurusan bahan buangan secara lestari yang mengandungi elemen 3R; Reduce, Reuse, Recycle.  Antara pengisian program adalah ceramah Kesedaran Kitar Semula oleh DHES dan  NGO, Cash for Trash, Donations (Pre-loved Books, Dry Food, Clothes etc. untuk disumbangkan kepada komuniti yang memerlukan. Tidak ketinggalan diadakan Jumble Sale di mana kutipan daripada jualan  akan disumbangkan 100% kepada Tabung Because We Care Chancellor’s Fund (BWCCF) UTM.

Turut dilancarkan pada majlis ini ialah logo Blue, Green & Sustainable Lifestyle@UTMKL.  Kempen Kitar Semula ini adalah salah satu initiatif di bawah Blue, Green & Sustainable Lifestyle@UTMKL  yang menjurus ke arah kebersamaan warganya untuk merealisasikan kawasan kampus dan sekitarnya yang bersih dan lestari di samping mendidik masyarakat akan kepentingan menjaga alam sekitar demi generasi kini dan akan datang.

Dalam majlis ini juga, Profesor Dr Azlan turut menyerahkan 5 unit sikal elektrik kepada Unit Keselamatan UTMKL untuk kegunaan tugasan hakiki manakala 5 unit lagi  diserahkan kepada Kolej Siswa Jaya bagi kegunaan pelajar/penjanaan pendapatan.  Program Sikal Eletrik Rakyat 1 Malaysia (SER1M) merupakan inisiatif berkelompok terpilih yang memfokuskan kepada budaya gaya hidup lestari dan program keusahawanan di kalangan pelajar IPTA/IPTS. UTM menerusi kerjasama MGTC (Greentech Malaysia) menjadi perintis di kalangan warga kampus dalam mempromosi kelebihan “Berbasikal Di Dalam Kampus”. Program ini sangat penting dalam mempromosi aspek kelestarian dan perlaksanaan program bersama warga kampus, terutama golongan belia dan pelajar.

Explore More