April 19, 2024

Search
Close this search box.

Ke arah kelestarian hijau dengan penggunaan Sikal Letrik

Sikal Letrik 1 Malaysia (SER1M) di bawah program bersama Greentech (MGTC), KeTTHA dan syarikat pembekal Voltron merupakan projek perintis terutama dalam melaksanakan agenda pelestarian di institusi pengajian tinggi. IPTA/IPTS yang terpilih merupakan program terawal yg dilaksanakan oleh KeTTHA sebagai mempromosi gaya hidup sihat dan lestari, di samping mencambah entiti keusahawanan terutama kepada golongan belia di IPT yang terpilih. Ini akan membantu melaksanakan pelbagai inisiatif kelestarian peringkat universiti seperti aktiviti berbasikal, promosi universiti rendah karbon dan membantu menggalakkkan pemahaman awam mengenai gaya hidup lestari.

UTM telah dipilih di kalangan IPT yang lain disebabkan pelbagai inisiatif lestari yang telah dan sedang dilaksanakan sejak tahun 2008. Projek perintis ini telah membantu melonjakkan UTM dikenali sebagai antara universiti yang serius dalam perlaksanaan pelestarian melibatkan pelbagai sektor. Antaranya termasuklah perlaksanaan pelan kampus rendah karbon dan pelan strategik pengurangan bilangan kenderaan di dalam kampus menjelang tahun 2020.

Menerusi perkongsian pintar seperti ini, kolaborasi di antara UTM dan MGTC menerusi KeTTHA merupakan antara projek yang memberikan peluang kepada staf, pelajar dan warga kampus yg lain menyertai inisiatif lestari ini dalam konsep seperti “social marketing” iaitu antara platform terbaru bagi memberi peluang pengembangan promosi berbasikal sebagai aktiviti rutin dan bukan hanya sebagai riadah semata-mata.

Sesi penyerahan kepada entiti yg terpilih merupakan antara inisiatif terawal perlaksanaan seperti keusahawanan dan gaya hidup lestari. Sesi perjumpaan dan perbincangan mengenai kaedah pelarasan, model perniagaan dan bentuk aktiviti telah dibincangkan sejak 3 bulan yang lepas merangkumi pelbagai sektor. Sekiranya berjalan lancar, UTM akan mempunyai ekosistem berbasikal yang disokong dengan penglibatan di pelbagai sektor dan sumbangan pihak korporat yg telah dikenalpasti

Explore More