April 25, 2024

Search
Close this search box.

144 sertai Konvensyen Pentadbir UTM 2017

JOHOR BAHRU, 23 Ogos 2017 – Seramai 144 orang peserta dan pembentang kertas kerja telah menyertai Konvensyen Pentadbir Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2017 yang dianjurkan oleh Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTISAS).

Azri menyerahkan cenderahati kepada Prof Dr Azlan selepas majlis perasmian Program Konvensyen Pentadbir UTM 2017 di Dewan Senat. 

Program yang diadakan di Dewan Senat dan Dewan Banquet UTM Johor Bahru itu telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Dr. Azlan Abdul Rahman.

Presiden PERTISAS, Azri Hohad berkata, matlamat utama penganjuran program itu adalah bagi memberikan ruang dan melatih pentadbir UTM untuk menulis dan membentangkan kertas kerja berilmiah.

“Program ini diharap dapat memantapkan proses urus tadbir sedia ada agar menjadi lebih efisien dan bertaraf global kerana peserta diberikan pendedahan meluas dalam aspek penyediaan kertas kerja sebagai langkah permulaan universiti untuk menyediakan peserta di kalangan pentadbir untuk menyertai Konvensyen Pentadbir Universiti Awam pada masa akan datang” katanya.

Sebanyak 21 kertas kerja persidangan yang ditulis oleh 64 orang penulis telah berjaya dibentangkan oleh para pentadbir dalam kalangan gred 41 dan ke atas bersama ahli kumpulan masing-masing yang terdiri dari staf pentadbir daripada pelbagai skim perkhidmatan.

Turut hadir semasa perasmian adalah  Ketua Pustakawan, Dr. Kamariah Nor Desa, Pengarah Pusat Islam UTM, Prof. Madya Dr. Aminuddin Ruskam, Pegawai Undang-Undang Kanan UTM, Abdul Karim Abdul Aziz dan juga Pengarah Program Konvensyen Pentadbir UTM 2017, Azizul Azman.

Explore More