April 19, 2024

Search
Close this search box.

Pelbagai acara disediakan untuk Hari Keluarga UTM 2017

JOHOR BAHRU, 26 Julai 2017 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menganjurkan Hari Keluarga 2017 bagi mengeratkan hubungan sillaturrahim dalam kalangan stafnya.

Hari Keluarga 2017 itu akan berlangsung di Stadium Azman Hashim, kampus Johor Bahru pada hari Sabtu, 5 Ogos 2017 dan akan dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU),  Tan Sri Abdul Halim Ali.

Urusetia Hari Keluarga UTM 2017, Mohamad Redha Mohd. Dali berkata, pelbagai acara untuk kanan-kanak dan dewasa akan dijalankan bagi menambahkan keceriaan pada program itu selaras dengan temanya iaitu ‘Keluarga Bahagia UTM Ceria’.

“Program ini akan dimulakan dengan pendaftaran peserta pada jam 7.00 pagi disusuli dengan Senam Seni 1 Malaysia dan kemudiannya acara perasmian oleh Pengerusi LPU UTM di Stadium Azman Hashim.

“Terdapat 10 acara utama yang akan berlangsung iaitu Chopstik Challenge, Balingan Manja, Jangan Pandang Belakang, Outbound, Racing Challenge, Happy Golfing, Pertandingan Mewarna, Marry Go Round, Wanita Tech dan Relay 40M,” katanya.

Di samping acara utama, penganjur turut menyediakan aktiviti sampingan iaitu Aplikasi Interaktif Boboiboy & Didi & Friends, Mari Mewarna Interaktif AR Sphero- Bebola Pintar, Magic Floor– Lantai Magic Interaktif dan juga Smart Bin.

Mohamad Redha  berkata, bagi menggalakkan kehadiran staf, pemberian mata ‘Continous Professional Development’ atau CPD juga akan diberikan di samping ‘doorgift’ untuk 1,000 peserta terawal yang mendaftar.

“Hadiah bagi kategori Zon Teramai juga disediakan untuk diberikan kepada mana zon yang mempunyai kehadiran peserta paling ramai bagi menggalakkan lebih ramai penyertaan,”katanya.

Belaiu berkata, peserta diminta untuk datang dan mendaftar seawal mungkin bagi memudahkan mereka mengikuti program yang telah diatur dan mereka berpeluang memenangi hadiah utama Cabutan Bertuah,” katanya.

 

Explore More