April 20, 2024

Search
Close this search box.

Harta Intelek Negara 2017: UTM bawa pulang RM17 ribu

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2017 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membawa pulang hadiah wang tunai RM17,000 apabila memperolehi pingat perak dan gangsa di Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2017.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr Ahmad Fauzai Ismail bersama penyelidik UTM.

UTM mendapat pingat perak bagi kategori paten menerusi produk penyelidikan membuang logam berat dalam makanan laut bercengkerang, Mollescure yang menawarkan hadiah RM7,000.

Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato’ Kamel Mohamad (dua dari kiri) melawat ruang pameran UTM.

Manakala pingat gangsa diperolehi bagi kategori Organisasi Pengurusan Harta Intelek Terbaik yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000.

Hadiah diterima oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr Ahmad Fauzi Ismail yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha, Kementeria Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Jamil Salleh di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara, hari ini.

Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) UTM, Profesor Dr Mohd Shahir Samsir Omar berkata, pemilihan pemenang berdasarkan kepada institusi yang berjaya memenuhi kriteria sesuai dengan tema Harta Intelek Mensejahterakan Kehidupan Rakyat.

“Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ) yang dirasmikan  Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin pada tahun 2016 berjaya menterjemahkan tema Hari Harta Intelek Negara pada tahun ini.

“UTM yang menerajui IISJ banyak menjalankan kerjasama dengan kerajaan negeri dan agensi di bawahnya banyak menjalankan penyelidikan dan inovasi untuk mensejahterakan masyarakat di seluruh negeri Johor,” katanya semasa ditermui di Majlis Anugerah Harta Intekek Negara 2017.

Bagaimanapun katanya, untuk lebih berjaya UTM tidak boleh terlalu bergantung kepada orang lama sebaliknya berusaha untuk melahirkan lebih ramai penyelidik muda bagi menghasilkan lebih banyak inovasi baru yang mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Beliau berkata, penyelidikan dan pembangunan perlu dilihat secara menyeluruh, bukannya tertumpu kepada kuantiti tetapi lebih kepada kualiti yang boleh memberi kesan kepada industri dan masyarakat.

“Jika dilihat kepada organisasi yang terpilih ke peringkat akhir, ada antaranya yang berjaya menghasilkan produk yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan pendapatan jutaan ringgit dan boleh dibeli melalui portal perniagaan atas talian terkemuka,’ katanya.

Sebanyak sembilan institusi disenaraikan memasuki peringkat akhir kategori Organisasi Pengurusan Harta Intelek Terbaik dan pemenang pingat emas yang menawarkan hadiah wang tunai RM30 ribu menangi oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) manakala Universiti Malaya (UM) memperolehi pingat perak membawa pulang hadiah wang tunai RM20 ribu.

 

.

Explore More