April 17, 2024

Search
Close this search box.

Siswa FKM tempat kedua Pertandingan Syarahan Bahan

JOHOR BAHRU, 21 Mei 2017 –  Pelajar ijazah kedoktoran, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Mohd Haziq Dzulkifli mengharumkan nama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) apabila  memenangi tempat kedua Pertandingan Syarahan Bahan (Material Labs Lecture) 2017.

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.

Pertandingan peringkat kebangsaan itu diadakan di Asia Pacific University, Bukit Jalil pada 16 Mei 2017 dan disertai oleh 12 peserta dari 12 universiti yang menyaksikan hanya lima peserta dipilih ke peringkat akhir.

Pertandingan itu merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Institute of Materials, Malaysia (IMM) dan acara tahun ini ditaja oleh Top Glove dan Hamac.

Pertandingan yang diilhamkan oleh IMM itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dan penyelidik muda yang berumur 28 tahun ke bawah untuk menonjolkan bakat dalam berkongsi ilmu dan bahan penyelidikan mereka kepada masyarakat.

Keupayaan mereka untuk membentangkan penyelidikan dalam masa 15 minit dengan menggunakan apa jua bahan berkaitan menjadi faktor kejayaan.

Peserta dinilai dalam pelbagai aspek seperti struktur dan kandungan teknikal pembentangan, personaliti dan kesungguhan peserta, keupayaan membentang dalam masa yang ditetapkan  serta memberi respon dalam sesi soal jawab.

UTM telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi Pertandingan MLC 2018.

Explore More