April 23, 2024

Search
Close this search box.

FTI tubuh Klinik Hukum Syarak dan Guaman Syarie

JOHOR BAHRU, 23 Mei 2017 – Fakulti Tamadun Islam (FTI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menubuhkan Klinik Hukum Syarak dan Guaman Syarie yang akan memulakan operasinya pada bulan Julai 2017.

Dr. Arieff Salleh (dua kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Yunos di Dewan Al-Marbawiy, FTI.

Dekan FTI, Prof. Madya Dr. Arieff Salleh Rosman berkata, penubuhan klinik itu hasil kerjasama dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia cawangan Negeri Johor.

Menurutnya, kerjasama yang dipersetujui antara kedua belah pihak meliputi bidang perkhidmatan, khidmat nasihat guaman syariah, latihan, seminar dan penyelidikan yang disediakan oleh kedua-dua institusi.

“Di samping itu, kerjasama ini merangkumi promosi penyelidikan, kemudahan skim Pelajar Pelawat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan lain seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua institusi pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian di majlis menandatangani Surat Persetujuan Kerjasama (LoC) yang ditandatangan bersama dengan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Johor, Yunos Ismail di FTI, hari ini.

Dr. Arieff berkata, kerjasama dengan pihak PGSMNJ itu dapat memperkukuhkan lagi matlamat UTM, khasnya FTI untuk menjadi pusat rujukan setempat dalam mengendalikan kes-kes kekeluargaan.

“Hubungan kerjasama antara kedua pihak ini sangat bertepatan yang mana kedua-dua pihak sememangnya berhasrat untuk melaksanakan pelbagai kerjasama melalui aktiviti perundingan, pembelajaran, latihan, penyelidikan dan penerbitan,” katanya lagi.

Explore More