April 24, 2024

Search
Close this search box.

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2017 – Ketua Pegawai Eksekutif Nadicorp Holdings Sdn. Bhd Tan Sri Dr. Mohd. Nadzmi bin Mohd Salleh menghadiri program perkongsian ilmu dalam bengkel Pemantapan Governan Entiti Perniagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang berlangsung di  kampus Kuala Lumpur.

Tan Sri Mohd Nadzmi berkongsi pengalaman dengan peserta di UTM Kuala Lumpur.  

Bengkel sehari tersebut telah dihadiri oleh 22 orang peserta yang diketuai oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UTM Tan Sri Abdul Halim Ali, Naib Canselor Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar, ahli lembaga pengarah universiti, ahli lembaga pengarah anak-anak syarikat universiti dan pegawai-pegawai kanan universiti.

Tan Sri Dr. Mohd. Nadzmi merupakan seorang tokoh usahawan dan pernah diberikan Anugerah Ernst and Young Masters Entrepreneur dan Anugerah Entrepreneur of the Year pada tahun 2003.

Sesi perkongsian tersebut merupakan sesi perkongsian pengalaman beliau selama 35 tahun sebagai tokoh koporat dan usahawan yang berjaya membangunkan sesebuah perniagaan.

Beliau menyampaikan tajuk “Building an Excellent Organisation”, dengan menyenaraikan empat perkara untuk membangunkan organisasi yang berjaya, anatarnya visi dan misi yang jelas, memahami ekonomi perniagaan yang diuruskan, perlu mempunyai sifat kreatif dan inovatif dalam melaksanakan aktiviti pemasaran, serta membangunkan pasukan yang kompeten dan sistem pengurusan yang efisyen untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Menerusi perkongsian ilmu, beliau berharap dapat dijadikan sebagai motivasi kepada semua peserta dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penjanaan pendapatan ataupun perniagaan.

Bengkel Pemantapan Governan Entiti Perniagaan UTM telah dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) bagi menghasilkan satu resolusi penubuhan sebuah Holding yang menerajui semua aktiviti perniagaan di UTM.

Explore More