April 26, 2024

Search
Close this search box.

UTM-Kerajaan Johor tandatangani MoU untuk pertingkat akademik Pegawai Tadbir Negeri

ISKANDAR PUTERI, 25 April 2017: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan negeri Johor untuk mempertingkatkan kelayakan akademik Pegawai Tadbir Negeri bertempat di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Iskandar Puteri, Johor.

 

Perjanjian itu ditandatangan oleh Naib Canselor Prof.Datuk Ir.Wahid Omar dan Setiausaha Kerajaan negeri Johor Dato’ Haji Azmi Rohani.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Menteri Besar Johor Dato’ Mohamed Khaled Nordin.

Tujuan utama perjanjian itu untuk mempertingkatkan kelayakan akademik pegawai tadbir negeri Johor dengan mengikuti pengajian di peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di UTM International Business School (IBS).

Program khas itu merupakan usahasama kali pertama antara IBS dan kerajaan negeri Johor yang menawarkan konsentrasi dalam bidang Pengurusan Strategik.

Seramai 21 Pegawai Tadbir Negeri serta pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mendaftar dan kini sedang mengikuti program yang dijalankan secara modular untuk tempoh dua tahun.

Explore More