April 20, 2024

Search
Close this search box.

MUALLAF’17 capai matlamat

BENGKALIS, 8 April 2017 – Program Libat Sama Komuniti (MUALLAF’17) di Kampung Jangkang, Kecamatan Bantan, Kabupaten Bengkalis, Provinsi Riau selama tujuh hari yang berakhir semalam mencapai matlamat penganjuran.

Presiden DMDI Tan Sri Mohd Ali Rustam menurunkan tandatangan atas sekeping gambar sebagai simbolik perasmian di Selat Baru.

Pengarah Program Indrawijaya Saiful berkata, MUALLAF’17 berjaya mendedahkan mahasiswa terhadap pengalaman aktiviti sukarela antarabangsa bagi memupuk dan mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan mahasiswa dengan masyarakat setempat.

Tan Sri Mohd Ali dan rombongan melawat rumah yang dibina semula oleh UTM.

Menurutnya, perpaduan dalam kalangan peserta yang terdiri daripada 36 mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), sembiilan penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), enam penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta 16 pelajar Politeknik Bengkalis dan 10 pelajar Sekolah Tinggi Agama Islam Bengkalis dapat dilihat menerusi kerjasama menjayakan setiap aktiviti yang dirancangkan.

“Semua peserta mempamerkan semangat, kerjasama dan perpaduan yang tingggi dalam menjayakan setiap aktiviti yang dirancang walaupun antara mereka terdiri daripada etnik, fahaman agama dan negara yang berbeza.

“Kerjasama daripada keluarga angkat, guru, pelajar sekolah, kepala kantor, dinas dan masyarakat setempat sangat baik dan mereka membantu membuat pelbagai persiapan dan mengambil bahagian dalam setiap acara,” katanya.

Indrawijaya menyampaikan sumbangan al-Quran, kain pelikat dan telekung kepada keluarga mualaf.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Mahaisswa UTM, Prof. Madya Ahmad Khalid berkata, MUALLAF’17 adalah program yang kelima diadakan di Indonesia dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).

Beliau berkata, kehadiran Presiden DMDI Tan Sri Mohd Ali Rustam dan rombongannya untuk merasmikan penutup MUALLAF’17 membuktikan sokongan dan kepercayaan yang tinggi kepada UTM dalam menganjurkan aktiviti berkenaan.

“Hasil lawatan ke Kampung Jangkang, beliau berpuashati dengan aktiviti yang dilakukan oleh UTM untuk membantu masyarakat Orang Asli meningkatkan taraf hidup dan kefahaman agama,” katanya.

Beliau berkata, MUALLAF’17 adalah program terbaik yang pernah dianjurkan di Indonesia kerana mendapat kerjasama yang sangat baik dari semua jabatan kerajaan yang terlibat.

“Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Bupati Bengkalis, Amril Mukminin SE MM, Sekretariat Daerah Drs Haji Arianto MP, Ketua Dinas Sosial Kabupaten Bengkalis Drs Darmawi MH, Kepala Bidang Rehabilitasi Sosial, Drs H. Mukhlis M.Pd, Penyuluh Agama Islam Tengku Iskandar S.Pdi dari Jabatan Penyuluh Agama Islam, dan Ketua Biro Pemuda DMDI Riau Ir Ajis Manaf bagi menjayakan MUALLAF’17.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Drs Darmawi MH, Drs H. Mukhlis M.Pd, Tengku Iskandar S.Pdi dan Ir Ajis Manaf  yang hampir setiap masa berada di lokasi bagi mempastikan kelancatan program.

“Penerimaan pemerintah dan masyarakat Bengkalis terhadap program ini dapat dilihat menerusi ketibaan peserta di Pelabuhan Bengkalis yang disambut oleh paluang kompang, kalungan bunga dan deretan pemuda dan pemudi yang berpakaian tradisional,” katanya.

Beliau berkata, semua semua pelajar berangkat pulang pagi ini ke Melaka dengan meninggalkan 1,001 kenangan yangg sukar untuk dilupakan.

Manakala Tan Sri Mohd Ali dalam ucapannya berkata, MUALLAF’17 dapat menyemarak persaudaraan dalam masyarakat Melayu dan berharap program tersebut dapat diperkembangkan menjadi acara tahunan.

“Sebagai kesinambungan kepada program ini, pelajar dari Politeknik dan Sekolah Tinggi Agama Islam Bengkalis dijemput ke Melaka bagi mengadakan program yang sama dan tinggal dengan keluarga angkat di kawasan Bukit Katil,” katanya.

Explore More