April 20, 2024

Search
Close this search box.

Mahasiswa UTM tabur bakti di Bengkalis

BENGKALIS, 3 April 2017 – Seramai 36 mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyeberangi Selat Melaka untuk mengadakan Program Libat Sama Komuniti (MUALLAF’17) di Kampung Jangkang, Kecamatan Bantan, Kabupaten Bengkalis, Provinsi Riau selama tujuh hari, mulai semalam.

Pengarah Pembangunan Mahasiswa UTM Prof Madya Ahmad Khalid menerima tepak sireh sebagai tanda perasmian.

Mereka disertai oleh sembiilan penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan enam penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama 16 pelajar Politeknik Bengkalis dan 10 pelajar Sekolah Tinggi Agama Islam Bengkalis tinggal bersama 23 keluarga angkat.

Pengarah Program Indrawijaya Saiful berkata, MUALLAF’17 bertujuan mendedahkan mahasiswa terhadap pengalaman aktiviti sukarela antarabangsa bagi memupuk dan mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan mahasiswa.

Di samping mengadakan kerja-kerja sukarela, program berkenaan bertujuan memberi pelung kepada mahasiswa dari Malaysia mengenali budaya dan adat resam masyarakat setempat program ini dapat  mempromosi Universiti Awam (UA) di Malaysia.

“Antara aktiviti yang diadakan ialah membaiki rumah muallaf Orang Asli, menikahkan semula pasangan muallaf, mengedar 500 naskah al-Quran, program berkhatan beramai-ramai dan mengadakan bengkel pertanian fertigasi.

“Program membaiki rumah melibat mahasiswa sarjana muda Reka Rentuk Industri UTM, manakala fertigasi, berkhatan dan forum hal ehwal Islam membabitkan Pusat Kesihatan Mahasiswa (PKU) dan Pusat Islam UTM,” katanya.

Indrawijaya berkata, MUALLAF’17 diadakan dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan akan dirasmikan oleh Presidennya Tan Sri Mohd Ali Rustam pada 6 April 2017.

Penyerahan anak dilakukan oleh Setiausaha Daerah Drs H. Arianto MP dalam majlis  makan malam yang diserikan dengan persembahan kebudayaan di kediaman rasmi beliau dekat sini, malam tadi.

Sementara itu, Drs. H. Arianto berkata, program khidmat bakti masyarakat yang melibatkan mahasiswa adalah yang pertama diadakan di pulau berkenaaan dan berharap kerjasama berkenaan akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Explore More