April 18, 2024

Search
Close this search box.

Lawatan ke Loji Rawatan Kumbahan Berpusat Medini Iskandar

Pada 16 April 2017 (Ahad) seramai 34 pelajar dan 1 pensyarah telah mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Kumbahan Berpusat Medini Iskandar.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang proses rawatan di loji rawatan kumbahan. Pelajar yang terlibat adalah mengikuti subjek SKAA 2922 – Wastewater Engineering di mana melibatkan rekabentuk unit proses di loji rawatan kumbahan.

Penerangan telah diberikan oleh En Zulkifli Said, Ketua Seksyen Rawatan.  Hasil daripada lawatan ini dapat memberikan kefahaman yang lebih kepada pelajar-pelajar dengan melihat sendiri proses rawatan kumbahan di loji dan menjelaskan lagi teori yang dipelajari di dalam kelas.

Explore More