UTM NewsHub

  • Signup
  • Login
  • Statistics
  • Help
  • msMelayu
    • enEnglish
You are here: Home / Umum / UTM bangun Sistem Pengurusan Inventori untuk SK Sri Pulai Perdana

UTM bangun Sistem Pengurusan Inventori untuk SK Sri Pulai Perdana

Mac 30, 2017 by Sabri Ahmad

JOHOR BAHRU, 30 Mac 2017 – Sekumpulan pensyarah Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah (FGHT) berjaya membangun sistem pengurusan Inventori yang berkesan berasaskan teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS).

Tuan Haji Mohammad Khairi melancarkan sistem iventori ciptaan pensyarah FGHT.

Ketua Projek, Sr. Dr Nurul Hazrina Idris berkata, sistem yang dibangunakn itu disumbangkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pulai Perdana bagi membantu sekolah mencapai aspirasi Kurikulum Pendidikan Abad ke-21 yang menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan.

Menurutnya, sistem berkenaan berfungsi dengan fitur peta interaktif yang dimuatkan akan memaparkan secara terperinci pelan sekolah dan maklumat inventori seperti bilangan murid, kemudahan yang disediakan dan sebagainya.

“Melalui sistem ini, pihak sekolah dapat menguruskan inventori sekolah dengan lebih teratur dan efektif,” katanya.

Beliau berkata, Fitur ‘Digital Classroom’ memaparkan penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran murid seperti penggunaan aplikasi kahoot dan VLE Frog.

Aplikasi berkenaan akan membenarkan modul- modul pembelajaran yang dibangunkan oleh guru-guru dicapai dan dikongsi oleh ibu bapa dan guru-guru dari seluruh negara.

“Fitur ‘Outdoor Classroom’ pula memaparkan aspirasi sekolah dalam menyokong usaha kementerian menjadikan sekolah sebagai satu hub pembelajaran luar bilik darjah yang dipanggil ‘Multi Purpose Learning Hub’ (MAPELA).

“Terdapat lima fungsi MAPELA iaitu Street, Rimba, Alam, Ria dan Pedia yang mengetengahkan pelbagai kaedah pembelajaran di luar bilik darjah,” katanya.

Kedua-dua projek itu telah dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Johor, Tuan Haji Mohammad Khairi A. Malik bersempena Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) SK Sri Pulai Perdana, baru-baru ini.

Author

  • Sabri Ahmad

Filed Under: Umum

All UTM staff are welcome to submit any type of news, hard or soft. Hard news is the kind of fast-paced news that usually appears on the front page of newspapers.
Read more >>


submit news
  • Register here if first you never submit/login to this portal
  • Login
  • Search news

    Previous Months’ News

    Subscribe to Our Newsletter

    Check your inbox or spam folder now to confirm your subscription.

    Office of Registrar
    Sultan Ibrahim Chancellery Building
    Universiti Teknologi Malaysia
    81310 Johor Bahru
    Johor Malaysia
    Tel: +607-553 3333
    More Contacts

    © 2019 · UTM Office of Corporate Affairs

    • Signup
    • Login
    • Statistics
    • Help
    • msMelayu