April 18, 2024

Search
Close this search box.

Penganjur FESKO ’57 sumbang RM30 ribu kepada UTM

JOHOR BAHRU, 6 Mac 2017 – Penganjur Festival Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia ke-57 (FESKO ’57) 2016 menyampaikan sumbangan berjumlah RM 30,000 kepada UTM.

Nik Mohd Fares menyerahkan cek kepada Pengarah Pusat Islam Prof. Madya Dr Aminuddin Ruskam.

Sumbangan itu merupakan hasil keuntungan yang dikutip sepanjang penganjuran FESKO ke-57 pada bulan Oktober 2016.

Pengarahnya, Nik Mohd Faris Nezam, sumbangan itu diagihkan masing-masing RM10,000 kepada Tabung Endowmen dan Tabung Pembangunan Kolej Dewan 9 dan 10.

Manakala Pusat Islam UTM dan Tabung Khas Pembangunan Sekolah Agama masing-masing mendapat RM5,000.

Sumbangan itu diserahkan kepada Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar pada majlis perhimpunan bulanan staf yang berlangsung di Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim.

Explore More