April 19, 2024

Search
Close this search box.

Sembilan mahasiswa UTM sertai program CCSL di Kampung Melayu Seelong

SENAI, 26 November 2016 – Sekumpulan sembilan mahasiswa dari Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) dan Media and Games Innovation Centre of Excellence (MaGICX) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melayu Seelong, Senai telah mengadakan program ‘Digital Workshop’ di Masjid As-Solihin,Taman Senai Baru.

Muhamad Faris menyerah sijil penyertaan kepada Dato’ Mohd Jafni.

Pengarah program, Muhammad Faris Md Noor, berkata program itu bertujuan mendedahkan peserta kepada teknik asas penyuntingan video dan gambar menggunakan perisian ‘Adobe Photoshop’ dan ‘Sony Vegas’, selain meningkat kemahiran modal insan kepada semua fasilitator dan penceramah yang terlibat.

Menurutnya, program itu diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak ilmu tentang penggunaan perisian ‘Adobe Photoshop’ dan ‘Sony Vegas’ yang telah diajarkan melalui program yang dianjurkan.

Peserta mempelajari teknik penyuntingan video.

“Program ini diharap dapat mengasah bakat peserta yang terdiri daripada generasi muda dalam penggunaan perisian penyuntingan bahan media, terutama gambar dan video,” katanya.

Program itu telah dirasmikan oleh Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Naib Ketua Umno Bahagian Kulai.

Sementara itu, Ketua Kampung, Abdul Shukor Adan merakamkan jutaan terima kasih kepada UTM kerana sudi mencurahkan ilmu kepada anak-anak kampung tersebut tanpa mengenakan bayaran penyertaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Explore More