April 25, 2024

Search
Close this search box.

Kaunter UBT mudahkan mahasiswa beli tiket

Kaunter jualan tiket bas ekspes di Student Mall.
Petugas melayan mahaisswa UTM membeli tiket.

JOHOR BAHRU, 1 Januari 2017 – Kaunter Tiket Bas Universiti atau University Bus Ticket (UBT) adalah perkhidmatan yang disediakan bagi memudahkan warga kampus, terutama mahasiswa membeli tiket bas di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kemudahan itu membolehkan warga kampus mendapatkan tiket bas tanpa perlu mengeluarkan belanja yang lebih untuk pergi ke Perhentian Bas Larkin, Johor Bahru yang terletak kira-kira 20 km dari kampus di Skudai.

Satu lagi pilihan ialah di Perhentian Bas Taman Ungku Tun Aminah (TUTA).

Penolong Pengurus (Khidmat Pengguna) UBT, Nurhafiza Mohamad Nor, berkata pihaknya menyediakan perkhidmatan berkenaan kerana prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh mahasiswa untuk menbeli tiket bas ekspres.

“Mereka perlu mengeluarkan belanja yang lebih untuk tambang pengangkutan awam sehingga mencecah RM 30.00 jika menggunakan teksi telah mendorong kami untuk menubuhkan sebuah kaunter jualan tiket dalam kampus.

“Selain dapat menjimatkan wang, kewujudan UBT juga dapat menjimatkan masa, terutama bagi mahasiswa yang terpaksa keluar untuk membeli tiket pada waktu puncak disebabkan terikat dengan waktu kuliah,” katanya.

Kaunter jualan tiket itu diusahakan oleh Syarikat UBT Resources Sdn. Bhd. beroperasi di ‘Student Mall’ yang terletak berhampiran medan letak kereta Fakulti Alam Bina (FAB) dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

Selain bertugas sebagai Penolong Pengurus di UBT, Nurhafiza kini sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Sains Fizik di Fakulti Sains, UTM.

Beliau berkata, pihaknya sedang dalam proses rundingan dengan pengusaha bas ekspres dan pentadbiran UTM bagi membenarkan bas ekspres mengambil dan menurunkan mahasiswa di dalam kampus.

Selain menjual tiket bas ekspres, UBT merancang untuk memperluaskan operasi dengan menjual tiket pengangkutan awam lain seperti keretapi dan kapal terbang.

“Kami sedang dalam perancangan untuk menjual tiket penerbangan berikutan terdapat permintaan daripada mahasiswa antarabangsa dan yang berasal dari Sabah serta Sarawak.

“Di samping itu, terdapat permintaan daripada mahasiswa supaya pihak kami juga menjual tiket keretapi,” katanya.

 

 

Explore More