April 26, 2024

Search
Close this search box.

UTM Perkukuh Kolaborasi Industri Pembinaan

img_6737

1 Dis – Sejarah awal penubuhan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula dengan Sekolah Teknik Treacher yang melangkau satu abad dalam bidang pembinaan kini diperkukuhkan lagi dengan menandatangani memorandum persefahaman dalam bidang kelestarian pembinaan bersama Lembaga Pembangunan Perindustrian Pembinaan (CIDB) melalui penubuhan Pusat Kecemerlangan Kelestarian Pembinaan yang dikenali sebagai MAMPAN.

img_6750

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman ini disempurnakan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir Dr Wahid Omar bersama Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia, Ir. Dr. Zuhairi Abd Hamid. Majlis ini disaksikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof yang turut merasmikan Seminar Kelestarian Industri Pembinaan 2016 yang dihadiri oleh lebih 600 peserta dari industri, badan kerajaan dan akademia.

img_6765

Kerjasama UTM-MAMPAN ini meliputi aspek penyelidikan dalam bidang kelestarian pembinaan, pembangunan keupayaan dan kapasiti serta kolaborasi kesedaran industri pembinaan. Industri pembinaan kini menyumbang kepada 11 peratus kepada ekonomi negara. Kerjasama strategik ini digarap dan didokong oleh UTM yang telah melahirkan pemain industri selama lebih 100 tahun penubuhannya.

Explore More