April 24, 2024

Search
Close this search box.

PM rasmi Buku Pelan Pelaksanaan Projek Indeks Syariah Malaysia

Perdana Menteri menurunkan tandatangan di poster sebagai tanda pelancaran Buku Pelan Pelaksanaan Projek Indek Syariah.

JOHOR BAHRU, 22 Disember 2016 – Majlis Pelancaran Buku Pelan Pelaksanaan Projek Indeks Syariah Malaysia 2016-2018 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 19 Disember 2016 bertempat di Dewan Banquet, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Pelan Pelaksanaan ISM Malaysia 2016-2018 diwujudkan bagi memastikan aspirasi negara dan kelangsungan pelaksanaannya tercapai.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dilantik untuk mengendalikan 3 bidang penyelidikan iaitu Bidang Prasarana dan Persekitaran, Budaya dan Sosial yang diwakili oleh Institut Sultan Iskandar (ISI UTM) dan CFirst.
ISM adalah merupakan satu indeks yang dibangunkan untuk mengukur dan menilai tahap keseriusan Malaysia dalam mencapai lima objektif Maqasid Al-Syari’ah iaitu memelihara agama, jiwa, keturunan, akal dan harta. Ia merupakan satu kayu ukur yang akan diwujudkan bagi melihat sejauh mana kerajaan melaksanakan agenda pentadbiran negara berasaskan Syariah, yang boleh memberikan kebaikan kepada rakyat, agama dan negara.
Naib Canselor UTM Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar (tengah) hadir di majlis pelancaran.

Dalam erti kata lain, ISM adalah bersifat menyeluruh, komprehensif dan yang pertama seumpamanya di dunia.

Explore More