April 25, 2024

Search
Close this search box.

32 pasukan ragbi rebut Piala Naib Canselor 2016

87336716-ad26-4ea4-a460-c18dd03c19daJOHOR BAHRU, 1 Disember 2016 – Sebanyak 32 pasukan akan mengambil bahagian dalam pertandingan ragbi 10 sebelah merebut Piala Naib Canselor 2016 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Malaysia Rugby  dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pertandingan itu akan berlangsung di Padang Utama dan Padang Tapak UTM Skudai dibahagikan kepada empat kategori iaitu Tertiary Rugby, terbuka, lelaki bawah 16 tahun dan wanita.

Kategori Tertiary akan disertai oleh pasukan dari institusi pengajian tinggi, termasuk dua pasukan dari UTM. Pirates Rugby dan Bronco Pirate akan membawa cabaran UTM dalam kejohanan yang pertama kali dianjurkan itu.

Pertandingan berkenaan adalah salah satu daripada Program Pembangunan Ragbi Nasional (NRDP)  yang akan dijadikan sebagai kejohanan tahunan .

Pasukan UTM giat menjalani latihan.
Pasukan UTM giat menjalani latihan.

Antara matlamatnya ialah untuk mengenengahkan UTM sebagai penganjur kejohanan sukan peringkat tinggi dan menarik minat pelabur untuk bersama menjayakan aktiviti di peringkat pengajian tinggi.

Naib Canselor UTM Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar akan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Explore More