April 20, 2024

Search
Close this search box.

Warga UTM bantu mangsa kebakaran HSA

Dr Syed Mohamed Shafeq dan rakan mengadakan perbincangan dengan Pegawai
Dr Syed Mohamed Shafeq dan rakan mengadakan perbincangan dengan Pegawai Psikologi SHA petang semalam.

JOHOR BAHRU, 26 Oktober 2016 – Sekumpulan pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengambil inisiatif menawarkan kepakaran bagi membantu mangsa kebakaran dan kakitangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru yang mengalami trauma.

Dalam kejadian kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan semalam, enam pesakit di wad berkenaan terbunuh dan tiga kakitangan hospital dilaporkan cedera.

Ketua Penyelaras Kaunselor-Kaunselor UTM, Prof Madya Dr Syed Mohamed Shafeq Syed Mansor berkata, pihaknya terpanggil untuk memberikan bantuan kerana mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa dan tempatan.

“Kumpulan kami terdiri daripada seorang Profesor, dua Pegawai Psikologi dan dua Pegawai Kaunseling dibantu oleh 15 mahasiswa di peringkat sarjana akan memberi bantuan post trauma dan stress.

“Kami telah berada di HSA sejak jam dua petang semalam untuk mengadakan perbincangan dengan Pegawai Psikologi bagi membincangkan bentuk bantuan dan gerak kerja yang akan dilakukan,” katanya ketika dihubungi pagi ini.

Dr Syed Mohamed Shaffeq berkata, pihaknya akan memberi perkhidmatan kepada keluarga mangsa, pegawai tinggi hospital dan agensi yang terlibat dalam membantu memadam kebakaran serta menyelamatkan mangsa secara individu dan berkumpulan.

14566494_1289768521042044_2940566612657084382_oPada masa ini perkhidmatan itu disediakan di bangunan Jabatan Agama Islam Johor dan Open University yang terletak berhampiran dengan HSA bagi tempoh enam hari bermula semalam.

“Selepas tempoh berkenaan mereka boleh datang ke UTM untuk mendapatkan perkhidmatan,” katanya.

Sementara itu, petang semalam staf Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) menghantar sumbangan 180 biji roti, 240 botol air mineral, tiga karton air minuman berkotak dan tisu basah untuk membantu mangsa dan kakitangan HSA berikutan kebakaran, pagi semalam.

Barangan berkenaan adalah sumbangan peribadi Dekan SPS Profesor Dr Zaidatun Tasir yang terpanggil untuk e69c6107-b353-4e77-8a91-c5b09d046017memberikan bantuan selepas mendapat maklumat mengenai kebakaran pagi semalam.

Staf SPS menghantar bantuan
Staf SPS menghantar bantuan ke SHA.

5f01844c-8146-4262-9ee9-37733344d191

 

Explore More